• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Individu Berkumpul Main Puteri Dikompaun RM60,000

oleh Mohd Arshad
10/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Polis menahan dan mengenakan kompaun ke atas 18 individu termasuk empat wanita kerana berkumpul dalam acara main puteri di Kampung Sungai, Bachok, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 63 tahun itu dikompaun dengan nilai keseluruhan RM60,000 selepas arahan bersurai oleh polis tidak diendahkan.

Katanya anggota polis dihantar ke kampung terbabit pada pukul 12.30 tengah malam selepas menerima maklumat mengenai aktiviti main puteri (acara perubatan secara tradisional) dan menasihatkan mereka – dianggarkan kira-kira 100 orang – bersurai.

“Bagaimanapun, penduduk yang hadir tetap meneruskan aktiviti itu menyebabkan polis terpaksa ke lokasi kejadian sekali lagi pada pukul 2 pagi dan menahan 18 individu termasuk empat wanita, manakala selebihnya melarikan diri,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini.

Menurut Muhamad Zaki semua yang ditahan – termasuk penganjur – dikompaun antara RM2,000 hingga RM10,000 mengikut Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021 kerana melakukan aktiviti terlarang.

“Aktiviti seperti berkumpul beramai-ramai adalah tidak dibenarkan kerana bimbang penularan Covid-19 dan tindakan ini satu pengajaran kepada masyarakat memandangkan kes baru wabak itu di Kelantan masih tidak konsisten,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Covid-19kompaunmain puteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Positif Covid-19, Nagaentran Akan Dirawat Sebelum Digantung

Next Post

Hanya Jho Low Boleh Sahkan Arahan Datang Daripada Najib – Saksi

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Hanya Jho Low Boleh Sahkan Arahan Datang Daripada Najib - Saksi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd