• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zafrul Berbaju Melayu Bawa Teks Bajet 2022 Ke Parlimen

oleh
29/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2022, jam 3 petang tadi.

Tengku Zafrul yang menjawat jawatan berkenaan bagi tahun kedua itu turun daripada pejabatnya menuju ke lobi utama kementerian sebelum menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail.

Beliau yang segak mengenakan baju Melayu berwarna persia (warna buah pic) lengkap dengan samping sambil memegang beg sampul hitam dengan tenunan emas yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2022.

Turut bersama mengiringi Tengku Zafrul ke Parlimen ialah kedua-dua Timbalannya, Mohd Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa.

Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada strategi 3M iaitu Memulih Kehidupan, Membina Semula Daya Tahan dan Memangkin Pembaharuan.

Beliau berkata, kerajaan akan terus komited membantu rakyat yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan dalam Belanjawan 2022. – BH Online

Tags: Bajet 2022menteri kewanganTengku Datuk Seri Zafrul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Siasat Dakwaan Kertas Sejarah SPM Bocor

PM, Menteri Kewangan Terbabit Kes SPANCO Akan Disiasat

06/02/2024
0

KUCHING: Semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (SPANCO)...

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

21/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd