• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trend Penularan Covid-19 Menurun

oleh
21/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 secara keseluruhannya terus mencatatkan trend penurunan dengan jumlah kumulatif berkurangan sebanyak 17.9 peratus daripada 63,722 kes pada minggu epidemiologi (ME) 40 kepada 52,321 kes pada ME 41.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, purata kadar insiden bagi tempoh tujuh hari juga mencatatkan penurunan sebanyak 20.9 peratus iaitu daripada 248 kes per 100,000 penduduk pada ME 40 kepada 196 kes per 100,000 penduduk pada ME 41.

Katanya, KKM turut mengunjurkan purata sebanyak 7,576 kes harian dicatatkan dalam lima hari akan datang iaitu antara 18 hingga 22 Oktober depan.

“Walaupun pengurangan jumlah kumulatif Covid-19 kes dicatatkan di peringkat nasional pada ME 41, namun tiga negeri mencatatkan peningkatan jumlah kes iaitu Kuala Lumpur (7.8 peratus), Putrajaya (3.3 peratus), dan Negeri Sembilan (4.1 peratus).

“Tiga negeri turut melaporkan peningkatan purata kadar insiden bagi tempoh tujuh hari pada ME 41 berbanding ME 40, iaitu Putrajaya (13.9 peratus), Negeri Sembilan (9.4 peratus) dan Perlis (2.7 peratus),” katanya pada sidang media secara hibrid, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengenai trend kematian, Khairy berkata, sehingga 16 Oktober lalu, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 adalah 27,858 kes atau 1.17 peratus.

Khairy berkata, sebanyak 593 jumlah kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada ME 41 dengan purata 85 kematian sehari, penurunan sebanyak 15.3 peratus berbanding ME 40.

Secara keseluruhannya, beliau berkata, trend penurunan kes kematian akibat Covid-19 mula direkodkan sejak lima minggu lalu iaitu bermula pada ME 36.

Katanya, secara amnya, kadar penggunaan fasiliti kesihatan (katil bukan unit rawatan rapi (ICU), katil ICU dan PKRC) didapati semakin menurun dengan peningkatan liputan vaksin.

Menurutnya, kadar penggunaan katil dan ventilator secara keseluruhannya terus menunjukkan tanda pemulihan pada ME 41 iaitu penurunan antara 0.3 peratus dan 7.9 peratus.

“Penggunaan katil bukan ICU (65 peratus pada ME 41 berbanding 65.2 peratus pada ME 40); penggunaan katil ICU (61.8 peratus pada ME 41 berbanding 63.4 peratus pada ME 40.

“Penggunaan ventilator (25 peratus pada ME 41 berbanding 27.1 peratus pada ME 40), manakala bilangan katil yang diperuntukkan untuk merawat kes-kes Covid-19 mula diturunkan secara berfasa,” katanya.

Khairy berkata, di peringkat kebangsaan, bilangan pesakit Covid-19 yang dirawat di fasiliti kesihatan kian menurun dari minggu ke minggu yang mana kategori pesakit 1 dan 2 serta 3, 4 dan 5 juga didapati semakin menurun.

Bagaimanapun beliau berkata, penggunaan katil bukan ICU dan katil ICU di Sarawak, Selangor dan Kelantan masih melebihi 60 peratus.

“Tahap penggunaan katil di Pulau Pinang dan Perak juga masih melebihi 50 peratus.

“Pada masa sama, graf jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam di Selangor dan Putrajaya mula menunjukkan trend meningkat selepas kebenaran merentas negeri diberikan pada 11 Oktober lalu.

“Situasi sama dapat dilihat di Sarawak terutama bagi pesakit kategori 3, 4 dan 5 selepas kebenaran rentas negeri diberikan. Data adalah bagi per 100,000 populasi,” katanya.

Menurutnya, begitu juga trend kemasukan pesakit Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 ke hospital awam di Zon Selatan yang mana Negeri Sembilan mula menunjukkan trend meningkat bermula ME 40. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd