• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soal Lanjutan Moratorium Belum Diputuskan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini bahawa lanjutan moratorium selepas tamat tempoh tawaran yang diberikan sektor perbankan sebelum ini, masih belum diputuskan lagi.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan diperincikan secara mendalam oleh sektor terbabit.

Katanya, sebarang keputusan yang akan dibuat perlu mengambil kira implikasi terhadap pendapatan bank dan pemegang saham.

“Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan sebarang cadangan yang dikemukakan bagi membantu golongan terjejas akibat Covid-19.

“Bantuan juga akan diberikan secara berhemah dan memberikan kesan jangka panjang kepada rakyat,” katanya dalam Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Mohd Salim Sharif (BN- Jempol) yang mahu penjelasan sama ada moratorium yang ditawarkan ketika ini akan dilanjutkan sebaik tamat tempohnya.

Dalam pada itu, Yamani berkata, dalam pemberian moratorium semasa, institusi perbankan turut membantu orang ramai dengan mengurangkan kos pinjaman tambahan khususnya kepada peminjam yang paling terjejas.

Katanya, tindakan itu dibuat melebihi kewajipan yang termaktub di dalam perjanjian pinjaman yang asal.

“Semua bank bersetuju untuk tidak mengkompaun faedah atau mengenakan faedah penalti dalam tempoh moratorium bagi semua produk pinjaman.

“Meskipun tidak ada faedah kompaun, faedah biasa akan terus diambil kira (atau faedah terakru) ke atas baki pinjaman terkumpul.

“Bagi pemegang kad kredit pula boleh memohon untuk menukar baki pinjaman kad kredit mereka kepada fasiliti pinjaman bertempoh pada kadar pembiayaan yang lebih rendah.

“Peminjam yang memohon bantuan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam kalangan mereka yang sangat terjejas boleh mendapatkan pengurangan caj faedah daripada institusi perbankan sebagai salah satu pakej bantuan pengstrukturan semula pinjaman mereka,” katanya. – myMetro Online

Tags: Dewan Rakyatmoratoriumsektor perbankan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd