Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Nasib Si Cacat, Awek...

LONDON - Ramai beranggapan wanita yang sering menemani lelaki kurang upaya ini jururawat yang...

Sultan Brunei Berangkat Pulang

SULTAN Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang ke Brunei pada 9.45 pagi...

Koronavirus: Sekatan Perjalanan Pelancong...

KUALA LUMPUR - Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China...

Netizen Kecam Rita Ajar...

BUAT itu salah, buat ini pun salah. Apalah nak jadi dengan netizen ni...

Seleweng Geran Puluhan Juta: SPRM Tahan 16 Pengarah Syarikat

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 pengarah syarikat disyaki terlibat penyelewengan geran peruntukan dikeluarkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), agensi di bawah sebuah kementerian, tengah malam tadi.

Sumber SPRM berkata kesemua suspek ditahan dalam satu operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang bermula semalam.

Sumber itu menyebut dianggarkan puluhan juta dilesapkan oleh kumpulan ini yang pada asalnya memohon geran peruntukan MITRA bagi melaksanakan program-program sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Menurut sumber, kes ini akan merangkumi semua bentuk permohonan dan perbelanjaan peruntukan geran yang telah disalurkan oleh MITRA bermula 2018 hingga kini.

“Kita menganggarkan hampir 60 peratus daripada peruntukan geran yang diterima oleh syarikat, orang perseorangan dan yayasan bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang sepatutnya.

“Peruntukan ini dipohon daripada MITRA dan kemudian diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu,” kata sumber itu.

Sumber menjelaskan tiada program dibuat serta tiada pernyataan perbelanjaan dapat dikemukakan oleh pihak berkuasa.


“MITRA telah distruktur semula pada 2018 semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Namun pada April 2020 hingga kini, MITRA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan dianggarkan MITRA memperoleh bajet RM100 juta setahun,” katanya.

Sumber berkata kesemua suspek berumur lingkungan 24 hingga 68 tahun itu akan dihadapkan Ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi proses reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kesemua penahanan berkenaan.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 16 (a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – Astro AWANI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori