• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: PKR Tanding 11, DAP 8, AMANAH 9

oleh
29/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) hari ini memuktamadkan agihan kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Majlis Presiden.

“Selepas mengadakan pelbagai libat urus dan rundingan, kita sudah memutuskan dan memuktamadkan agihan kerusi PH untuk PRN Melaka.

“Hasil rundingan itu, jumlah yang akan ditandingi ialah, DAP kekal lapan kerusi, Parti Amanah Negara (AMANAH) sembilan dan PKR akan bertanding 11 kerusi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Yang turur hadir, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Majlis Presiden PH sebulat suara akan menggunakan logo PH pada pilihan raya berkenaan.

Jelasnya, seluruh jentera ketiga-tiga parti komponen hanya akan menggunakan logo terbabit.

“Jadi seluruh kekuatan PH hanya menonjolkan logo Pakatan Harapan. Kita akan berjuang di atas satu logo, satu pendirian dan satu logo,” katanya.

Selain agihan kerusi DUN, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, Majlis Presiden PH turut memuktamadkan agihan kerusi Parlimen di Melaka untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Bagi kerusi Parlimen pula, PKR akan bertanding di dua kerusi, AMANAH juga dua, manakala DAP akan bertanding semula kerusi Alor Gajah.

“Ia adalah kerusi tradisi DAP sebelum diserahkan kepada BERSATU pada pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai hasrat parti MUDA pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bertanding di bawah logo PH , Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan. – BH Online

Tags: pakatan harapanPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd