• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: Manfaat Media Sosial Untuk Berkempen

oleh
28/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Penggunaan platform media sosial akan menjadi alternatif utama bagi kebanyakan parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Ia susulan langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya berkuat kuasa 25 Oktober sehingga 27 November.

Mengambil pengajaran daripada dua parti yang dikompaun semalam susulan kegagalan mematuhi larangan berkenaan termasuk prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), beberapa pimpinan politik di negeri ini senada bahawa strategi mendekati pengundi perlu diubah mengikut norma baharu.

Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah berkenaan memaksa parti mengubah pendekatan berkempen dan gerak kerja yang berkonsepkan konvensional kepada penggunaan penuh teknologi.

“Langkah berkenaan ada baik dan buruknya…yang baiknya ialah dapat kurangkan pertemuan secara fizikal dengan semua pihak terutama pengundi, dan pada masa sama menyekat penularan Covid-19.

“Selain itu, kos logistik bagi PRN Melaka mungkin dapat dikurangkan, namun kita juga kena terima hakikat bahawa ia juga menjadi cabaran besar kepada semua parti politik dalam menyantuni pengundi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, larangan itu bukan penghalang kepada UMNO dan BN yang telah memiliki strategi tersendiri termasuk menggunakan media sosial untuk meraih undi.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO negeri bagaimanapun menyifatkan larangan yang dikenakan KKM itu tidak wajar dengan Melaka kini merekodkan jumlah populasi dewasa yang telah lengkap divaksin melebihi 90 peratus, selain ia sudah beralih ke Fasa Empat PPN.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, meskipun parti akur dengan larangan berkenaan dan akan memanfaatkan penggunaan media sosial, namun beliau bimbang masyarakat di luar bandar tidak mendapat maklumat berikutan kemungkinan kekurangan capaian akses Internet.

“Bagaimanapun kita akan berkempen menerusi platform media sosial sedia ada. Mahu tidak mahu sudah pasti kita akan gunakan cara dalam norma baharu ini untuk berkempen walaupun ia adalah sesuatu yang baharu,”katanya.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November ini. – BERNAMA

Tags: media sosialPRN Melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Mohon Lucut Hak Wang Alvin Goh, Isteri Addy Kana

Next Post

Dapatkah PRN Melaka Berlangsung Dengan Benar-Benar Selamat?

Related Posts

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

03/08/2024
0

PUCHONG - Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi...

Next Post

Dapatkah PRN Melaka Berlangsung Dengan Benar-Benar Selamat?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd