• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: Imbangi Tuntutan Kesihatan, Keselamatan, Demokrasi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan terpaksa mengimbangi antara tuntutan kesihatan dan keselamatan dengan tuntutan amalan demokrasi dalam meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, kerajaan memahami kebimbangan rakyat, justeru PRN perlu diadakan dengan bersyarat dan melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Apabila kita membuat keputusan untuk sembah kepada ke bawah duli Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) untuk Tuanku pertimbangkan tidak mengisytiharkan darurat bermakna PRN (Melaka) terpaksa diadakan.

“Persoalannya sekarang apabila keputusan dibuat untuk tidak mengisytiharkan darurat dan PRN (dijalankan), ia bersyarat dengan SOP yang ketat supaya apa yang kita jayakan selama ini dalam mengharungi tindakan dan respons terhadap Covid-19 tidak terjejas kerana satu pilihan raya negeri,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin yang bertanggungjawab mengetuai pengurusan pandemik di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, kerajaan akan memastikan tidak ada perkara yang boleh menimbulkan atau mengundang kemarahan rakyat terhadap ahli dan parti politik sebelum penamaan calon pada 8 November.

Mengulas mengenai larangan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Ahli Parlimen Sembrong itu percaya langkah itu diambil kerana trend yang berlaku sebelum ini apabila banyak perhimpunan serta majlis diadakan walaupun mungkin dianggap sosial tetapi ada kaitan dengan pilihan raya.

“Jadi, itu trend yang kita tidak boleh benarkan ketika ini kerana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) hanya dipertanggungjawabkan dalam perjalanan pilihan raya (PRN) Melaka selepas 8 November.

“Sebelum 8 November tanggungjawabnya di bawah Akta 342 berada di atas bahu KKM, dipantau oleh MKN dan dikuat kuasa oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November.

Khairy dilaporkan berkata, larangan itu ditetapkan meskipun SPR bakal mengumumkan SOP PRN dalam masa terdekat.

PRN Melaka pada 20 November ini diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – BERNAMA

Tags: PRN MelakaSOP COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

31/10/2026
0

MELAKA - “Kalau tak matang, satu dunia kecam saya, takkan saya berdiri lagi kat sini.” Demikian tegas calon Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd