• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka 20 November

oleh
18/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya turut bersetuju menetapkan 8 November sebagai hari penamaan calon, manakala tarikh mengundi awal pula pada 16 November.

“Tempoh berkempen pula adalah 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka yang ke-15 di Banda Hilir, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom; Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah SPR Melaka, Rudy Rohan Johan.

Beliau berkata, bagi menjalankan proses pilihan raya berkenaan, SPR melantik seramai 28 Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dibantu oleh 80 Penolong Pegawai Pengurus, manakala bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang akan dianggotai oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding.

Katanya, sebanyak 28 Pusat Penamaan Calon dan 28 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi akan digunakan bagi tujuan PRN berkenaan yang membabitkan seramai 12,290 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN.

“Sebanyak 217 pusat mengundi biasa yang mempunyai 1,109 saluran mengundi serta 31 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mempunyai 47 saluran mengundi bagi pengundi awal, akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 248 dengan 1,156 saluran. Semua 217 pusat mengundi biasa pada hari mengundi akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, manakala pusat pengundian awal, 21 yang akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 2 petang dan baki 10 pusat mengundi awal akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Seramai 495,196 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 482,550 pengundi biasa, 10,191 (anggota tentera dan pasangan), 2,349 (anggota polis) dan 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara layak untuk mengundi dalam PRN ini.

“Pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih menerusi laman portal SPR iaitu pengundi.spr.gov.my, talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak,” katanya. – myMetro Online

Tags: PRN MelakaSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd