• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Capai Kata Sepakat Untuk Bahagi Kerusi PRU15

oleh
01/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan segera.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN akan meneruskan rundingan pembahagian kerusi dan mengadakan mesyuarat mulai minggu hadapan walaupun masih tidak mendapat sebarang gambaran daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

“Kami belum terima apa-apa makluman daripada UMNO atau BN untuk berbincang mengenai peruntukan pembahagian kerusi. Kita belum pasti hala tuju UMNO ke hadapan dan belum ada satu pernyataan jelas daripada pimpinan UMNO atau BN.

“Tapi realitinya dalam kerajaan, kita adalah bersama. Kalau kita hendak tunggu parti lain buat keputusan dan pendirian, ia akan ganggu urusan PRU yang hendak diatur oleh PN,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di ibu pejabatnya di sini, semalam.

Justeru Presiden Bersatu itu berkata rundingan mengenai pembahagian kerusi akan dijalankan dalam kalangan parti Bersatu, PAS dan Gerakan bagi Semenanjung Malaysia manakala Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) di Sabah.

Muhyiddin berkata ia adalah antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN hari ini selain mencapai keputusan untuk menyokong Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu.

Beliau berkata PN akan memainkan peranan untuk menyampaikan pandangan dan pendirian PN dari semasa ke semasa mengenai pelaksanaan MoU berkenan.

Katanya beliau juga akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyampaikan pendirian PN berhubung jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang akan dipilih dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.

Muhyiddin seterusnya memberitahu majlis pelancaran rasmi PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan November ini, dengan PN Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah.

Beliau berkata mesyuarat juga memutuskan pelantikan Saiful Adli Mohd Arshad sebagai Setiausaha Eksekutif PN berkuat kuasa esok.

Katanya mesyuarat Tertinggi PN juga membincangkan pendekatan dan program yang akan dilaksanakan untuk menyantuni golongan muda selaras dengan pelaksanaan Undi18 dan bersiap sedia dengan penambahan pengundi muda. – BERNAMA

Tags: kerusiperikatan nasionalPilihan Raya Umum Ke-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LHDNM Dan Kemanusiaan

Next Post

Perhimpunan Agung UMNO 13 Januari Depan

Related Posts

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’

13/07/2024
1

Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul tidak didorong oleh...

PRN: 34 Kerusi Jadi Tumpuan, Penentu Parti Bentuk Kerajaan

PRN: 34 Kerusi Jadi Tumpuan, Penentu Parti Bentuk Kerajaan

24/06/2023
0

SHAH ALAM - Gelanggang pilihan raya negeri (PRN) di Selangor tidak lama lagi bakal menyaksikan perhatian ramai tertumpu kepada kempen...

Next Post

Perhimpunan Agung UMNO 13 Januari Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd