• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Cabar Keabsahan Kerajaan Sementara

oleh
06/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) akan mencabar keabsahan kerajaan sementara (caretaker) yang dibentuk susulan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di mahkamah secepat mungkin.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bertindak secara tidak wajar apabila menasihati Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk membubarkan DUN Melaka selepas hilang kepercayaan majoriti ADUN.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini sedang melakukan beberapa proses sebelum merujuk perkara itu ke mahkamah.

“PH Melaka berpandangan bahawa Ketua Menteri yang tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti, tidak wajar menasihati Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan DUN Keempat Belas khususnya dalam keadaan rakyat yang masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Malah, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak juga ditangguhkan atas alasan yang sama. Ia jelas mempamerkan sikap ketidakbertanggungjawaban Ketua Menteri sekarang,” katanya pada sidang media di Bukit Katil di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Ali bersetuju membubarkan DUN Melaka Ke-14 berkuat kuasa Isnin lalu.

Perkara itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada sidang medianya di Seri Negeri, di sini, semalam.

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil berkata, meskipun menerima keputusan pembubaran DUN semalam, pihaknya tetap kesal apabila proses pelaksanaannya tidak dijalankan dengan betul.

Katanya, ini kerana, pihak yang terbabit tidak langsung mengambil kira pandangan daripada kumpulan yang mempunyai sokongan majoriti ADUN.

“Pandangan daripada pihak yang mempunyai majoriti sokongan perlu diambil kira kerana bagi saya banyak lagi solusi yang wajar dilakukan bagi memastikan kestabilan politik kekal terjamin.

“TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka juga sewajarnya tidak bertindak terburu-buru membubarkan DUN sebelum mendengar pandangan majoriti ADUN meliputi 11 dari PH dan empat ADUN yang tidak lagi bersama kerajaan,”katanya. – myMetro Online

Tags: ADUN MelakaDUN Melakapakatan harapanPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

13/08/2026
0

MELAKA - Dewan Pemuda PAS Melaka menerima dan meluluskan secara sebulat suara cadangan kerjasama Penyatuan Ummah di peringkat negeri bagi...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd