• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Pelajar Ke Sekolah Khusus Dibuka

oleh
07/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat bagi tahun 2022 kini dibuka bermula Ahad ini sehingga 15 November depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sekolah khusus yang dinyatakan itu termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

“Bagi kemasukan ke Sekolah Khusus tahun 2022, permohonan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my manakala bagi permohonan ke Tingkatan Empat pula melalui pautan https//:spskt4.meo.gov.my.

“Permohonan secara dalam talian ini membabitkan SBP bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat; SMKA (Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat), SMT (Tingkatan Empat), KV (Tingkatan Satu) dan MTD (Tingkatan Empat). Keputusan bagi permohonan ini akan diumumkan pada 15 Mac 2022,” katanya tadi.

KPM mula memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) pada tahun ini bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Sekolah Khusus.

Dalam pada itu, KPM turut memaklumkan, semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu dan Empat secara dalam talian bermula 1 Disember ini.

“Pentaksiran bagi Tingkatan Satu akan bermula dari 17 Januari hingga 27 Januari 2022, manakala Tingkatan Empat adalah 7 hingga 17 Februari 2022. Komponen akan ditaksir adalah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus), dan artikulasi penulisan (10 peratus).

“Beberapa syarat permohonan diletakkan kepada mereka yang ingin memohon masuk ke sekolah khusus, iaitu warganegara Malaysia, mendaftar dalamn Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM, murid Tahun Enam pada 2021, berusia 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.

“Bagi permohonan Tingkatan Empat, pemohon mestilah murid Tingkatan 3 pada tahun 2021, berusia 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 atau 1 Januari 2007,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kementerian Pendidikansekolah khususSesi Persekolahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

10/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd