• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perluasan Penjualan Ujian Kendiri Covid-19 Dijangka Bulan Ini

oleh
14/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) di pasar raya dan kedai rantaian dijangka dapat dilaksanakan dalam bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kini berada di peringkat akhir perbincangan berhubung perkara tersebut, katanya.

Kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) ketika ini dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

“Perluasan penjualannya di pasar raya dan kedai rantaian terpilih buat permulaan ini akan membolehkan orang ramai mendapatkan kit tersebut dengan lebih mudah,” kata Nanta dalam sidang media secara maya selepas majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2021 (FIM 2021) secara maya hari ini.

Nanta dalam pada itu berkata kerajaan juga akan memastikan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) tidak akan memberi kesan kepada pemain industri.

“Sesi perbincangan masih diadakan sehingga satu tahap semua pihak bersetuju terhadap harga runcit dan borong maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19.

“Kementerian mahu harga baharu yang akan ditetapkan adalah yang terbaik kepada pengguna dan ia tidak akan memberi kesan kepada perniagaan,” katanya.

Berkuat kuasa 5 September, harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) ditetapkan pada RM19.90 bagi setiap set manakala harga borong ditetapkan RM16 satu set.

Pada 8 Oktober lalu, Nanta dilaporkan berkata kerajaan akan menetapkan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) pada November.

Nanta berkata KPDNHEP mengambil maklum terdapat kira-kira sembilan juta kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) yang berada dalam pasaran ketika ini.

“Pihak industri terbabit dalam membawa masuk dan mengeluarkan kit ini telah memberikan maklum balas positif supaya kit tersebut dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit maksimum ketika ini,”katanya. – BERNAMA

Tags: kit ujian pantas antigen Covid-19KPDNHEP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

14/10/2022
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd