• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Maut Terkena Tembakan

oleh Mohd Arshad
27/10/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang peneroka maut dipercayai akibat terkena tembakan di dada dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu 4 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mohamad Omar, 67, dari Felda Bukit Sagu di sini turut cedera di tapak tangan kanan dan polis menemukan selaras senapang buatan sendiri di lokasi kejadian.

Mynewshub

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.22 petang oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Goh di sini, selepas Mohamad dibawa ke klinik itu oleh isteri dan rakan lelaki Mohamad.

“Siasatan awal mendapati peneroka itu telah keluar untuk mengait kelapa sawit kira-kira 10 pagi tadi sebelum dikatakan menghubungi isterinya pada 3.36 petang memaklumkan dirinya telah ditembak.

“Isteri Mohamad mendakwa telah menghubungi rakan baik Mohamad untuk membantu mencari suaminya itu dan kemudian menemukan suaminya dalam keadaan parah sebelum doktor mengesahkan kematian suaminya pada 4.20 petang,” katanya yang dihubungi hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata mayat Mohamad dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, anak perempuan Mohamad, Noraini, 42, yang ditemui di klinik kesihatan itu berkata dia dihubungi ibunya kira-kira 4 petang yang memintanya segera ke klinik kesihatan itu kerana sesuatu telah menimpa ayahnya.

“Kali terakhir saya bertemu ayah ialah pada dua minggu lepas. Walaupun saya tinggal di Jabor (Kuantan), namun saya tidak dapat pulang ke rumah kerana kerap ke hospital bagi menemani suami menjalani rawatan susulan akibat kemalangan,” katanya.

Noraini berkata jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Sagu 3 selepas semua urusan selesai. – BERNAMA

Tags: ditembakInsiden Tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd