• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: Sesi Penggulungan RMK-12 Bermula Hari Ini

oleh
05/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari ini, bermula sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat oleh kementerian selepas rancangan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025 itu dibahaskan di Parlimen.

Seramai 106 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan RMK-12 selepas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 27 September lalu.

Antara isu dibangkitkan Ahli Parlimen dalam perbahasan selama empat hari bermula 28 September lalu itu ialah kesihatan, vaksin COVID-19, pembangunan Sabah dan Sarawak, kemiskinan, impak pasca COVID-19, serta pengurusan bekalan air negara.

Berdasarkan takwim Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 2021 dalam portal Parlimen, sesi penggulungan oleh kementerian dijadualkan berlangsung hingga Khamis ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan hari ini dimulakan dengan sesi Waktu Pertanyaan Menteri membabitkan soalan untuk Perdana Menteri berkaitan sekuriti tenaga (energy security) di negara ini ketika berlaku krisis tenaga global, dan hala tuju bagi meningkatkan sekuriti tenaga negara.

Dua lagi soalan pada sesi itu adalah untuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai adakah kementerian bercadang menetapkan paras siling komisen harga jualan bilik melalui OTA (Online Travel Agent), dan Menteri Perpaduan Negara berkaitan sejauh mana Tabika Perpaduan memainkan peranan dalam memupuk nilai perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Bagi waktu pertanyaan jawab lisan pula, Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam) meminta Menteri Pengajian Tinggi untuk menyatakan setakat manakah tahap kebolehpasaran graduan ketika pandemik COVID-19, dan langkah bagi menyediakan graduan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Turut ditanya ialah soalan mengenai keberkesanan modul sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang diajukan oleh Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) kepada Menteri Kanan Pendidikan.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-14 berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini. – BERNAMA

Tags: ParlimenRancangan Malaysia ke-12sesi penggulungan RMK-12
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd