• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Rancang Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Di Gebeng

oleh Mohd Arshad
25/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANCANGAN kerajaan Pahang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di Gebeng di Kuantan, secara dasarnya telah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata ia diputuskan dalam mesyuarat Khamis lepas, dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam projek itu, yang akan menjadi sebahagian daripada rancangan Pahang mewujudkan bandar aeroangkasa di Gebeng menjelang tahun 2050.

“Kita melihat ada keperluan untuk membina lapangan terbang baru kerana di Pantai Timur masih belum ada lapangan terbang antarabangsa dan ini dapat memberi kemudahan infrastruktur pengangkutan lebih baik, meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan.

“Ia juga dirancang mengambil kira faktor kita tidak boleh melakukan pembesaran di lapangan terbang sedia ada (Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah) kerana ia milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mungkin melibatkan faktor keselamatan,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bersama Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kuantan hari ini.

Mengenai RMK12, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri mengemukakan 731 projek melalui pelbagai kementerian dengan jumlah kos keseluruhan RM50.571 bilion, dan 13 daripadanya diletakkan dalam senarai keutamaan.

Ini termasuklah pembinaan jalan baru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor ke Bera dan Temerloh sejauh 107 kilometer (km), kolej komuniti di Lipis dan jalan pintasan Cameron Highlands.

Berdasarkan pelan perancangan pelaksanaan RMK12 Pahang, terdapat tujuh jajaran jalan raya sepanjang 238.8 km termasuk dua di Cameron Highlands iaitu Habu -Tringkap Bypass (10.7 km) dan Blue Valley – Kuala Terla Bypass (11 km) selain pembinaan jalan baru dari Karak ke Simpang Pelangai di Bentong sepanjang 34.2 km.

Berhubung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Wan Rosdy berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM10.452 bilion untuk melaksanakan 576 projek dan daripada jumlah itu, kerajaan negeri membelanjakan RM10.036 bilion atau 96.02 peratus. – BERNAMA

Tags: kerajaan pahanglapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd