• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPN Tubuh Pasukan Petugas Khas

oleh
15/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini bersetuju untuk membentuk sebuah pasukan petugas khas bagi memperhalusi perkara berkenaan isu pembiayaan, tenaga kerja dan keperluan lain perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pasukan itu akan membabitkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sumber Manusia dan kementerian lain berkaitan.

“Pasukan petugas khas ini akan membentangkan kajian terperinci dan syor-syor dalam masa sebulan kepada majlis untuk pertimbangan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Lanai Kijang, BNM di sini, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat hari ini memberikan fokus kepada dua kumpulan paling terjejas akibat pandemik Covid-19 iaitu PKS dan golongan rentan.

“Dalam hubungan ini majlis membincangkan bentuk bantuan kepada PKS dalam fasa pemulihan berhubung isu kecairan dan kekurangan tenaga kerja serta pengagihan bantuan makanan kepada golongan rentan,” katanya.

Muhyiddin berkata, MPN berpandangan satu analisis terperinci perlu dibuat untuk memastikan industri terkesan berdasarkan statistik terkini dikenal pasti bagi memastikan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

Ini mengambil kira pelbagai bantuan dan inisiatif sedia ada berkaitan kewangan dan penyediaan tenaga kerja kepada PKS di bawah pelbagai kementerian dan agensi.

Katanya, MPN juga bersetuju supaya agihan bantuan makanan kepada golongan rentan perlu lebih berpendekatan Seluruh Negara (whole of nation) dengan peranan pertubuhan bukan kerajaan perlu diperkasa.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah beberapa ahli MPN iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Michael Kang serta Datuk Dr Hartini Zainudin, di samping beberapa wakil parti pembangkang yang terdiri daripada Ahli Parlimen Subang Wong Chen (PKR), Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (DAP), dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah). – BERNAMA

Tags: majlis pemulihan negarapasukan petugas khas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3.8 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Utama

Next Post

Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa 4 Isnin Ini

Related Posts

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat – Anthony Loke

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat – Anthony Loke

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh, kata menterinya,...

Majlis Pemulihan Negara Dibatalkan – Anwar

Majlis Pemulihan Negara Dibatalkan – Anwar

21/12/2022
1

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah dibatalkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana Menteri berkata, keputusan itu...

Next Post

Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa 4 Isnin Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd