Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Prof Dr Md Nasir Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok (1 November) hingga 30 Oktober 2023.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan itu bagi menggantikan jawatan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berakhir 15 Oktober lepas.

Beliau berkata Md Nasir mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada 2008 serta Pasca Kedoktoran dalam bidang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada 2014.

“Pengalaman luas dan ketokohan beliau dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa telah terbukti, dengan kecemerlangan menggalas tanggungjawab termasuk sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“KKMM yakin kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang industri kreatif, khususnya seni budaya mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju yang menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara.

“Saya percaya sinergi antara beliau dan Ahli-Ahli Perbadanan FINAS akan memantapkan hala tuju, perancangan serta pelaksanaan yang lebih komprehensif bagi melonjakkan industri filem dan ekonomi kreatif di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

Baca: Tiada Lagi Pelakon Muda Dimekap Tua Mulai 2020 – Finas

TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...