• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Pandora: Kerajaan Jamin Tak Ganggu Siasatan

oleh
25/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan terhadap mana-mana pihak atau individu yang memerlukan siasatan lanjut berhubung pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada masa ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan itu serta mengadakan perbincangan dengan agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan koordinasi siasatan berjalan lancar.

“Saya beri jaminan saya akan jemput semua agensi-agensi seperti SPRM, BNM, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan pihak lain supaya penyiasatan dilaksanakan.

“Kita juga akan berbincang untuk menentukan tarikh menetapkan jawapan untuk diberikan kepada pihak Parlimen setelah apa juga keputusan didapati daripada penyiasatan itu nanti,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai kesediaan kerajaan berikutan pendedahan Kertas Pandora dalam memastikan kredibiliti dan integriti pentadbiran negara terpelihara.

Wan Junaidi berkata, BNM meningkatkan pemantauan dan perisikan dalam mengesan aktiviti kiriman wang tanpa lesen yang menyasarkan kegiatan itu sama ada aktiviti bersindiket dan operator-operator runcit.

Beliau berkata, bagi tempoh 2017 hingga 2020, tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan dengan 64 kes telah didakwa di mahkamah melibatkan lebih RM11 juta jumlah denda dan perlucuthakan harta.

Dalam pada itu, jelasnya penggunaan akaun luar pesisir bukanlah suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, namun tindakan akan diambil sekiranya terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat.

Katanya, aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan transaksi wang ke luar negara adalah tertakluk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan akta-akta berkaitan yang merangkumi langkah pencegahan terhadap kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, pemindahan dana melalui saluran tidak rasmi dan pengisytiharan mata wang di pintu masuk/keluar negara.

Mengenai cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) supaya pihak terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora terutama mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan untuk memberikan jawapan dalam Dewan Rakyat, Wan Junaidi berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara berkenaan.

“Insya-Allah kita akan maklumkan kepada setiap individu yang berkenaan untuk membuat penjelasan, bahkan dibolehkan dalam Parlimen penjelasan peribadi mereka sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bank Negara MalaysiaKertas PandoraSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd