• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tunai Janji Benarkan Rentas Negeri Dan Ke Luar Negara

oleh
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebenaran merentas negeri dan ke luar negara mulai Isnin pastinya menggembirakan semua orang dan ini membuktikan kerajaan menunaikan janji pelaksanaannya sebaik sahaja kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Sememangnya pelaksanaannya tepat pada masa dengan bilangan kes Covid-19 negara yang semakin menurun dengan 7,373 yang dicatatkan pada Ahad.

Merentas negeri bererti tiada lagi sekatan polis, tiada lagi keperluan untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk bergerak, tiada lagi keperluan untuk mendapat kebenaran Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi mereka dalam bidang perniagaan.

Namun, orang ramai masih terikat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari segi pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

Malah peranan pihak polis masih diutamakan dengan kebenaran untuk terus membuat semakan MySejahtera secara mengejut di mana-mana sahaja dan pemeriksaan pada bila-bila masa di premis-premis serta di tempat yang disyaki berlaku perhimpunan ramai.

Namun rentas negeri tidak dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Seperti yang dikatakan sebelum ini oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa aktiviti rentas negeri bukan faktor utama penularan Covid-19 tetapi perhimpunan ramai boleh menjadi penyebabnya dan ini perlu dielakkan.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kerajaan telah mengotakan janji untuk membenarkan pergerakan rentas negeri, kini rakyat perlu memainkan peranan meningkatkan kawalan kendiri selain memastikan tanggungjawab terhadap komuniti diperkasakan.

Meskipun tiada lagi had pergerakan, Dr Zainal Ariffin mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan tidak berpusu-pusu sehingga boleh menyebabkan kesesakan di tempat awam.

“Tahniah kepada kerajaan dan rakyat, tapi macam mana pun tetap kena teruskan SOP yang ditetapkan seperti jaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, elakkan perhimpunan beramai-ramai dan lakukan ujian kendiri sebelum bergerak ke sesuatu destinasi,” katanya kepada Bernama.

Semasa mengumumkan kebenaran rentas negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan rakyat yang ingin berbuat demikian supaya melakukan ujian pengesahan Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan dan yang bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas, dinasihati supaya menangguhkannya dahulu.

“Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Doktor Kecemasan dan Kesihatan Am Hospital Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun berkata, kerjasama orang ramai dalam mematuhi SOP yang ketat sangat diperlukan bagi membendung diri dari dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

Beliau turut mencadangkan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri untuk sekali lagi melakukan ujian saringan kendiri sebelum kembali bertugas bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat.

“Selain melakukan ujian saringan kendiri terhadap diri sendiri, saya sarankan mereka yang balik ke kampung sediakan juga kit ujian untuk dilakukan kepada ibu bapa. Ini penting kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan semestinya kita mahu pastikan keluarga terutamanya ibu bapa yang warga emas dilindungi,” katanya.

Semua kelonggaran yang diumumkan kerajaan akan dinikmati oleh mereka yang sudah mendapat dua dos vaksin dan bagi yang belum mereka dinasihati supaya menyegerakannya kerana vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19 serta mengurangkan beban sistem kesihatan.

Data terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan virus itu sebanyak 88 peratus.

Kini proses peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik berjalan lancar dan selamat, namun rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk menjayakan usaha ini. – BERNAMA

Tags: populasi dewasarentas negararentas negerivaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd