• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tanggung Bayaran Lesen Kenderaan OKU

oleh
29/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki orang kelainan upaya (OKU) bagi tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu dapat meringankan kos sara hidup golongan itu.

Beliau berkata selain itu, kerajaan memperuntuk RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU antaranya dengan menyediakan banyak laluan khas untuk golongan cacat penglihatan.

“Sebanyak RM10 juta turut diperuntuk kepada Pusat Latihan Berdikari serta sebuah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan serta bimbingan ajar kepada golongan OKU,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan turut menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus menerusi program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi memastikan golongan muda OKU menceburi bidang pekerjaan.

“Bagi meningkatkan akses terhadap media selain membolehkan golongan OKU cakna dengan berita semasa dan informasi terkini, dengan bantuan Bernama, semua rangkaian televisyen termasuk saluran swasta akan menyediakan jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2022lesen memanduOrang Kelainan Upaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Miliki Lesen Memandu Kelas D/DA Boleh Mohon Lesen PSV E-Hailing

OKU Miliki Lesen Memandu Kelas D/DA Boleh Mohon Lesen PSV E-Hailing

10/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Dasar semasa tidak menghalang orang kurang upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU...

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

21/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd