• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan, Pembangkang Tukar Komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas

oleh
06/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menukar komposisi semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan perkara itu dijangka dapat dikemukakan di Dewan Rakyat Selasa ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu terlebih dahulu akan dibawa ke Jawatankuasa Dewan esok untuk diputuskan sebelum menteri membawa usul mengenai pertukaran komposisi itu pada pagi Isnin.

“… selepas sahaja usul menteri di pagi Isnin itu, saya akan panggil Jawatankuasa Pemilih tengah hari Isnin dan Insya Allah pada Selasa kita boleh kemukakan di dewan mengenai komposisi dan ahli baharu semua jawatankuasa pilihan khas itu.

“Itu status yang terkini,” katanya menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Teo Nie Ching (PH-Kulai) mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan yang didakwa masih belum mengadakan sebarang mesyuarat.

Menjawab persoalan ketiadaan mesyuarat jawatankuasa berkenaan sebelum ini, Azhar berkata, pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan sudah dilantik menjadi Timbalan Menteri, sekali gus memaksa jawatankuasa itu melantik pengerusi baharu.

Terdahulu Azhar turut menegur mengenai isu jawapan berulang serta tidak tepat yang disediakan kementerian semasa sesi soal jawab selepas dibangkitkan Teo dan Hannah Yeoh (PH-Segambut).

“Biar saya tanya Setiausaha Dewan Rakyat apa yang terjadi, bagaimana boleh soalan yang sama dijawab dalam sesi yang sama dan jawapan yang identical. Itu tak sepatutnya terjadi, saya setuju… kita akan ambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan.

“Saya juga telah ambil tindakan mengenai jawapan yang kurang tepat dan tidak mempunyai butir ini banyak kali…Kulai pun dua kali tulis. Saya telah pohon jawapan yang lebih baik diberikan.

“Jadi kalau Segambut boleh beri saya surat dan bagi detail tentang soalan mana dan jawapan mana, saya akan ambil tindakan. Bagi saya surat dan saya akan ambil tindakan,” katanya.

Kredit: myMetro Online

Tags: Dewan RakyatJawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mengarahkan pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA Johor pada...

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd