Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memfokus pada 3R iaitu mempercepat pemulihan (recovery), memperkukuh ketahanan ekonomi (resilience) dan menjadi pemangkin pembaharuan (reform) dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan 29 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berdasarkan sesi pembabitan di pelbagai sektor, kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap inisiatif bajet ke arah mencapai matlamat pembangunan berterusan.

Katanya, bantuan kewangan akan terus berjalan bagi mereka yang paling terkesan dengan pandemik terutama kumpulan B40, penganggur dan golongan rentan.

“Sokongan untuk perniagaan akan tetap dipermantap melalui skim pembiayaan dan akses lebih baik kepada kredit atau geran serta menyokong operasi mereka sambil memacu ke arah peningkatan automasi dan digitalisasi.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada kelestarian dan meningkatkan daya tahan aset persekitaran dan air Malaysia, sosial dan tadbir urus (ESG), sasaran pelepasan sifar bersih dan pengembangan ekonomi.

“Selain itu, kerajaan akan meningkatkan pasaran tenaga kerja antara lainnya memfokus insentif serta memberi subsidi upah, sambil meningkatkan fiskal melalui proses perolehan dan pengurusan hutang,” katanya di Invest Malaysia 2021 Siri Maya 1-Pembaharuan Ekonomi dianjurkan Bursa Malaysia Bhd bersama Maybank secara maya, hari ini.

Kementerian Kewangan baru-baru ini juga memperkenalkan penyata prabelanjawan dan empat kertas perundingan awam iaitu pertama dalam sejarah Malaysia.

Menurutnya, setakat ini pihaknya sudah menerima lebih 1,000 maklum balas dan komen mengenai Belanjawan 2022.

Sementara itu, sebagai pelengkap inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh), Tengku Zafrul mengumumkan penubuhan Program Transformasi Syarikat Tersenarai Awam (PLC) (PLCT) yang bertujuan melahirkan syarikat Malaysia berprestasi tinggi.

Beliau berkata, inisiatif itu akan diterajui Bursa Malaysia Bhd yang menumpukan peningkatan lima tonggak dalam PLC untuk memacu prestasi, untuk berkembang sebagai organisasi yang lestari, bertanggungjawab secara sosial dan beretika, ciri tadbir urus korporat diperkukuhkan, daya saing secara digital dan menyokong usaha membangun negara serta memajukan ekonomi dan masyarakat Malaysia. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...