• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tuntut Royalti Pajakan Pulau Pinang RM100 Juta

oleh
27/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tuntutan itu adalah salah satu permohonan kerajaan negeri dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Katanya, ketika ini kerajaan negeri hanya menerima bayaran khas sebanyak RM10 juta setahun sejak 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun yang dibayar sejak 235 tahun lalu.

“Saya telah dimaklumkan Sultan Kedah bahawa baginda sudah beberapa kali menyuarakan hal ini semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kepada Kerajaan Persekutuan, baginda juga telah membekalkan dokumen perjanjian berkaitan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Pada 2018 tanpa ada asas apa-apa Kerajaan Persekutuan beri RM10 juta. Ia bukan nilai tapi diberi penambahan RM10 juta atas nilaian semasa yang tidaklah begitu rigid.

“Jadi kita mohon dipertimbangkan RM100 juta yang saya fikir kalau minta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat satu penilaian yang terperinci mengenai pajakan negeri Pulau Pinang, saya fikir nilai semasa bukan RM100 juta tapi mungkin RM400 hingga RM500 juta setahun, jadi kita minta pertimbangkan RM100 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, jumlah royalti pajakan RM10,000 pada masa ini tidak lagi munasabah.

“Sebelum ini mengikut perjanjian royalti pajakan Pulau Pinang perlu dibayar mengikut nilai 10,000 dolar Sepanyol namun British tidak menepati perjanjian itu dan dilakukan pembayaran mengikut ringgit Malaysia hingga sekarang.

“Jumlah ini tidak munasabah satu negeri bayar RM10,000 setahun, bagi Kerajaan Persekutuan RM100 juta itu kecil, pulangan (hasil kerajaan) yang diperolehi Pulau Pinang pun besar.

“Bagi Kedah jumlah RM100 juta itu sangat besar, jangan ada orang marah pula kerana ini permintaan berdasarkan sejarah dan realiti atau hakikatnya memang begitu, jangan kata Iraq hendak takluk Kuwait pula,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kerajaan KedahPulau Pinangroyalti pajakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd