• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keahlian UMNO Idris, Nor Azman Sah Tergugur – Ahmad

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH – UMNO mengesahkan keahlian UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, surat perlucutan keahlian bertarikh 5 Oktober akan diserahkan kepada kedua-dua wakil rakyat terbabit seawal-awalnya hari ini.

“Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO menyatakan, seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas DUN (Dewan Undangan Negeri) atau Dewan Rakyat, akan gugur keahlian dengan sendirinya.

“Jadi jika kedua-dua fasal ini dibaca bersama, maka Datuk Nor Azman dan Datuk Seri Idris Haron tergugur dengan sendirinya sebagai ahli UMNO bermula pada semalam,” katanya selepas menghadiri pertemuan dengan Jawatankuasa Biro Politik UMNO bahagian dalam Melaka di Kampung Pulau, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang dan Nor Azman (Pantai Kundor) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri bersama dua lagi ADUN Bebas dan Bersatu, Isnin lalu. – myMetro Online

Tags: ADUN MelakaIdris Haronkeahlian UMNONor Azman Hassan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rauf Kelihatan Terkejut, Kekok Ketika Anwar Raikan Hari Lahir Ke-65

Rauf Kelihatan Terkejut, Kekok Ketika Anwar Raikan Hari Lahir Ke-65

20/09/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kelihatan terkejut dan sedikit kekok apabila sambutan...

Kritik ADUN Duyong Makan Diri, DAPSY Kota Melaka Diserang Balik Netizen

Kritik ADUN Duyong Makan Diri, DAPSY Kota Melaka Diserang Balik Netizen

16/07/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Tindakan DAPSY Kota Melaka mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd