• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Dah ‘Kelelong’ Lidah, Datang Ke Dewan Negara”

oleh
20/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini menarik perhatian Ahli Dewan Negara apabila memberi peringatan dan teguran kepada kementerian, menteri serta timbalan menteri supaya mengutamakan penggunaan istilah Bahasa Melayu ketika menjawab soalan.

Saranan dan teguran itu dibuat beliau pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, ketika Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Muslimin Yahaya menjawab soalan dibangkitkan berkaitan satu program di bawah kementeriannya.

Muslimin sebelum itu, berulang kali menggunakan istilah Bahasa Inggeris bagi merujuk program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE), satu program bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan dan berkebolehpasaran graduan.

“Apa kata kalau kementerian cuba melihat Latihan Profesional dan Pendidikan Bagi Usahawan atau PROTEGE. Kalau semua kementerian mulai sekarang menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua programnya, akhirnya kita akan hilang identiti Malaysia.

“Cuba ini sedaya upaya bagi kita. Bukan kata apa, Malaysia negara kita, bahasa kebangsaan kita sudah jelas di bawah Perkara 152 (Perlembagaan). Mari kita cuba sedaya upaya. Kalau sudah tidak boleh atau ‘kelelong’ lidah, datang ke Dewan Negara, kita betulkan,” katanya ketika mempengerusikan sesi Dewan Negara, hari ini

Terdahulu, ketika Muslimin mula menjawab persoalan berkenaan PROTEGE yang ditanya Senator Datuk Seri S Vell Paari, Rais turut meminta beliau memperbetulkan penggunaan istilah ‘end to end’ yang disebutnya, supaya ditukar kepada ‘hujung ke hujung’.

Teguran penggunaan Bahasa Inggeris oleh menteri, timbalan menteri serta Ahli-ahli Dewan Negara terutama ketika sesi jawab lisan dan perbahasan menjadi amalan biasa dilakukan Rais setiap kali beliau mempengerusikan sidang Dewan Negara.

Keadaan itu menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Negara serta menteri dan timbalan menteri sering mengambil sikap berhati-hati ketika menyebut penggunaan istilah Bahasa Inggeris di Dewan Negara, terutama apabila ia membabitkan istilah sukar diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.

Dewan Negara hari ini meneruskan persidangannya dengan tumpuan kepada sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) peringkat kementerian.

RMK-12 dari 2021 hingga 2025 itu sebelum ini diluluskan di Dewan Rakyat selepas dibentang pada 27 September lalu dan dibahas oleh 106 Ahli Parlimen. – BH Online

Tags: Ahli Dewan NegaraBahasa InggerisBahasa Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

21/02/2026
0

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial?  Oleh Mynewshub Sebilangan pemimpin politik termasuk anggota Kabinet tidak...

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

12/12/2025
0

LANGKAWI: Perdana Menteri menjelaskan sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd