Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Bukan Semua Masyarakat Di...

KUALA LUMPUR - Tabiat memakan haiwan eksotik dalam kalangan masyarakat di China, yang seringkali...

KPM Tambah Warden Asrama...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus sejak...

Buat Aksi Bahaya Semata-Mata...

BODOH. Tindakan dua budak lelaki yang baring di atas landasan ketika kereta api...

Intai Pelajar, Penganggur Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan...

“Jangan Buruk Sangka Terhadap Saya” – Zahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) menjelaskan beliau tidak pernah melakukan cubaan mengelak cukai walaupun memiliki akaun luar pesisir.

Presiden UMNO itu berkata, akaun luar pesisir miliknya di British Virgin Islands (BVI) dibuka ketika beliau melakukan pelaburan di China pada 1993.

Selain itu, katanya, pembukaan akaun luar pesisir itu dibuat sebelum beliau menceburi persada politik peringkat nasional, mahu pun menjadi Ahli Parlimen.

MYNEWSHUB

“Ketika itu pelaburan dibuat di China dan sila rujuk kepada hansard saya. Diharap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan lain, jangan ada buruk sangka terhadap saya kerana saya tidak akan melarikan cukai.

“Malah, wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), jika ada ketika itu.

“Namun, syarikat itu telah ditutup kerana kita telah memperolehi semula pelaburan dibuat di China dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham, manakala pinjaman telah dibayar kepada institusi kewangan yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bagi Rang Undang-Undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Ahmad Zahid adalah antara nama disebut dalam pendedahan ‘Pandora Papers’ kerana mempunyai akaun luar pesisir.


Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau dijadualkan menjalani rawatan di Munich, Jerman antara 26 Oktober ini hingga 21 November depan.

“Sebagaimana telah diputuskan mahkamah, saya hanya dibenarkan untuk memperolehi sementara pasport antarabangsa dari 26 Oktober hingga 21 November depan.

“Maka, ketika pengundian Bajet 2022, saya minta maaf tidak dapat bersama, tetapi yakinlah jiwa saya turut menyokong bajet yang akan dibentangkan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, sejurus celahan itu membangkitkan Perkara 36(1) Peraturan Mesyuarat untuk menegur Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO.

“Saya terpaksa mencelah dan berkata kepada Pontian (Ahmad) (Perkara) 36(1) (Peraturan Mesyuarat) perbahasan ini adalah mengenai RUU. Induknya adalah RUU.

“Saya tidak benarkan untuk perbahasan yang lain-lain. Ini nasihat saya kepada Pontian (Ahmad),” katanya. – myMetro Online

BACA – Mahkamah Benar Pelepasan Sementara Pasport Zahid

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori