• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin COVID-19: CITF-A Mohon Maaf Isu Picagari Kosong

oleh Cj Mnh
04/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) memohon maaf kepada ibu bapa dan remaja berusia 12 tahun susulan petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil picagari kosong.

Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, petugas kesihatan berkenaan telah diberikan amaran untuk lebih berhati-hati dan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, prosedur dalaman juga telah ditambah baik dengan memastikan tiada picagari lain di ruangan meja yang sama ketika memberikan suntikan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Timbalan Menteri Kesihatan I itu menjelaskan, kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM), pada Rabu lalu.

“Picagari kosong dan masih belum digunakan itu diletakkan di ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin.

“Petugas kesihatan itu mengikut prosedur ditetapkan seperti menunjukkan vaksin dikeluarkan daripada botol vaksin melalui picagari dan menunjukkan picagari berisi vaksin dengan dos sepatutnya kepada ibu remaja berkenaan.

“Bagaimanapun, petugas kesihatan itu meletakkan sebentar picagari terbabit di atas meja untuk melakukan proses nyahkuman di lengan remaja sebelum memberikan suntikan, selepas menunjukkan picagari berisi vaksin,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Baca: Tak Ada Remaja Meninggal Dunia Akibat Vaksin – KKM

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, petugas tersebut tersalah mengambil picagari kosong dan membuat suntikan ke lengan remaja itu.

Jelasnya, perkara berkenaan telah disedari sendiri petugas kesihatan itu dan memaklumkan kepada pegawai perubatan bertugas di PPV UM.

Justeru itu, kedua-dua mereka segera mengadakan perbincangan dengan ibu bapa remaja itu dan selepas memahami penjelasan diberikan, ibu bapa remaja berkenaan memberi kebenaran untuk remaja terbabit diberikan suntikan vaksin di lengan berlainan mengikut Prosedur Dos Kurang.

“Prosedur Dos Kurang adalah garis panduan klinikal yang mencadangkan pemberian vaksin di lengan berlawanan jika dos pertama dianggap tidak mencukupi dan dos semula diperlukan,” jelasnya.

Dalam kejadian jam 3.16 petang Rabu lalu, petugas kesihatan itu dikatakan tersalah ambil satu picagari kosong dari ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin bagi proses vaksinasi seorang remaja berusia 12 tahun. – Astro AWANI

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

Tags: Divaksin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

78.5% Populasi Remaja Lengkap Divaksin

12/11/2021
0

Seramai 2,472,098 individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin COVID-19...

Ibu Bapa, Penjaga Dibenarkan Teman Remaja Semasa Vaksin

04/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Bermula esok, sama ada ibu atau bapa atau seorang penjaga dibenarkan menemani remaja masuk ke Pusat Pemberian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd