• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikrar Menyokong Tatakelakuan Industri Filem, TV Dan Penerbitan

oleh AK-47
25/10/2021
dalam Artis, Utama & Sensasi
31
Share on FacebookShare on Twitter

Jehan Miskin (Naib Presiden Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia)

Having a Code of Conduct to ensure everyone working on our sets are safe is long overdue. Truth is, if you ask any woman working in the entertainment industry, be it in front of the camera or behind the scenes, stories of harassment abound, be it physical or verbal. Sure, it can be a gray area, when is a joke just a harmless joke and when is it abuse? For me it’s simple, if someone feels uncomfortable, shamed, bullied, or abused in any way, that is when it’s crossed the line. Pledging to The Code of Conduct is an important first step for the industry to claim responsibility, and to say, ‘We will ensure that everyone working on our set is safe from any form of harassment, abuse, discrimination and bullying’. Sure, it will not solve the issue immediately, but it is definitely an important step in the right direction.

Namron

Perkerja seni harus jujur dan ikhlas dalam melakukan kerja seni mereka. Hormati kerja dan karya, sebelum, semasa dan selepas mengerjakannya. Kesenian akan menjadi rendah darjatnya jika pekerja seni hilang hormat pada kerja dan karyanya.

Lisa Surihani

The lack of realisation and the inability of telling right from wrong in this matter is highly worrying. All in the industry have the as of right to working in a safe, secure, and ethical environment.

Nadiya Nisaa

Saya akan sentiasa menyokong segala usaha kepada perubahan bagi mewujudkan perkembangan dan cara kerja yang positif dalam industri. Berikutan kes ini, telah membuka mata kita bahawa masih ada yang buta akan soal adab dan etika bekerja. Ini membuatkan kita tidak bertanggung jawab terhadap peranan masing-masing dalam penghasilan satu karya/produksi. Saya ragu untuk bekerja dengan rakan lakon lelaki saya sekarang. Justeru itu, CoC harus diadakan segera supaya saya boleh berbincang dan usulkan pada pihak produksi yang sedang saya jalankan pengambaran sekarang.

Sofia Jane

We have failed our creative industry, the practitioners industry who face multiple levels of harassment and disrespect and our society. A code of conduct needs to be enforced desperately.

Bront Palare

Rasa marah dan kecewa semua sudah tersedia maklum dan terpampang di social media. Apa yang lebih penting kita gunakan isu ini untuk memperbaiki industri buat masa akan datang.

Piagam yang diadaptasi dari code of coducts & standard practice unjuran Five Arts Centre ini menjadi titik permulaan dalam usaha kita menjadikan industri kita lebih selamat dan beretika.

Kita berharap agar Finas dan persatuan-persatuan dalam industri memberi sokongan dan bersama kami menjayakan usaha ini.

SIARAN AKHBAR: IKRAR UNTUK MENYOKONG TATAKELAKUAN BAGI INDUSTRI FILEM, TV DAN PENERBITAN

Sekumpulan syarikat, anggota gabungan dan individu yang bekerja dalam industri Filem, TV dan Penerbitan yang dikenali sebagai INTEGRATED MALAYSIAN ACTORS NETWORK (IMAN), bersama PPFIM (PERSATUAN PENERBIT FILEM IKLAN MALAYSIA) telah mengadakan inisiatif untuk berikrar menyokong satu tatakelakuan bagi industri, yang meliputi hal-hal diskriminasi, gangguan dan buli. Tatakelakuan ini telah disesuaikan daripada sebuah penerbitan untuk komuniti seni persembahan Malaysia oleh kumpulan seni FIVE ARTS CENTRE.

Sehubungan dengan satu kejadian biadab dan memberikan pengaruh buruk yang tersiar baru-baru ini, yang turut menunjukkan ketidakpekaan dan kehilangan sikap hormat menghormati, beberapa individu daripada industri telah sama-sama berikrar untuk memberikan komitmen bagi menghormati hak-hak dan kesejahteraan emosi setiap warga industri dan selain itu juga turut mengiktiraf kepelbagaian budaya dan identiti rakyat Malaysia.

Dengan berikrar untuk menyokong Tatakelakuan ini, mereka mengisytiharkan niat mereka untuk menggalakkan tindakan dan kelakuan khusus dalam setiap urusan profesional dan syarikat, ke arah memastikan para pekerja profesional industri menunjukkan integriti, sikap saling menghormati dan tingkah laku yang sopan. Tatakelakuan ini haruslah didukung dan dilaksanakan selaras dengan pembangunan dan penambahbaikan industri Filem, TV dan Penerbitan di Malaysia.

Antara pengikrar tersebut termasuklah:

  • 29 syarikat
  • 50 individu
  • 1 anggota gabungan

Sudah tiba masanya setiap rakyat Malaysia berusaha sedaya upaya untuk lebih menghormati dan menghargai wanita dalam masyarakat dan perkara ini bermula dengan memiliki pendirian tegas dalam setiap fikiran, tindakan dan kelakuan kita.

Kami ingin mengesyorkan agar Tatakelakuan ini diguna pakai dalam setiap urusan profesional oleh seluruh pihak berkepentingan dalam industri.

Tags: Artisfauzi nawawi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Lengkap Vaksin Boleh Guna Semua Kemudahan

Next Post

Sesiapapun Boleh Beri Sumbangan Pelitup Muka Pada Polis

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

Next Post

Sesiapapun Boleh Beri Sumbangan Pelitup Muka Pada Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd