• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Berhutang Adalah Harus

oleh Mohd Arshad
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tidak salah jika seseorang itu ingin berhutang kerana hukumnya adalah harus, kata mantan Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Roslan Mohamed.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, lain-lain perkara hukum berhutang berubah mengikut keadaan.

“Tak salah jika kita nak berhutang kerana dalam Islam hukum berhutang adalah diharuskan. Ia bukan wajib, tetapi dalam keadaan didasari oleh agama.

“Jika seseorang itu benar-benar kesuntukan dan memerlukan wang untuk membiayai keluarganya, maka wajib ia berhutang.

“Hukum berhutang bagi pemiutang pula adalah berubah mengikut keadaan. Sebagai contoh, haram jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan haram seperti minum arak ataupun berjudi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana al-Quran Siri ke-96 bertajuk ‘Bayar Hutang Satu Jihad’ yang disiarkan secara langsung di Kumpulan Karangkraf pada bulan Mac lalu.

Program itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Fazrul Ismail.

Baca: Apakah Penyakit Ain?

Roslan menjelaskan, ALLAH SWT sudahpun meletakkan satu garis panduan yang kukuh bagaimana cara untuk berhutang.

Menurutnya, seseorang yang berhutang disunatkan untuk menulis sebagaimana firman ALLAH SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya…” (Surah al-Baqarah, ayat 282).

Dalam pada itu, beliau berkata, antara punca utama masalah hutang tidak terlangsai adalah culas dalam membayar.

Katanya, sebahagian daripada mereka sengaja melupakan, ada yang menganggap ia tidak penting malah membuat persepsi sendiri bahawa pemiutang sudah melupakan hutang tersebut.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana Nabi Muhammad SAW sendiri pesan, mana-mana yang berhutang tetapi dalam keadaan tidak mahu bayar, mereka akan bertemu ALLAH SWT sebagai seorang pencuri.

“Lebih mengerikan lagi apabila roh kita tergantung,” katanya.

Beliau berkata, hutang itu umpama satu jenayah Islam yang boleh menjadikan seseorang hilang segala kebaikan di padang Mahsyar kelak.

“Yang lebih takut ialah dengan hutang yang culas dan tidak dibayar tadi mengakibatkan pahala kita orang dapat, dosa orang kita pikul. Muflis di hari akhirat,” ujarnya.

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

IKUTI FACEBOOK MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: berhutangislam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar Isteri Ke KLIA, Terkejut Bila Dapat Khabar Kematiannya’

Tak Boleh Berdoa Di Kubur Bukan Islam Kecuali…

19/05/2024
0

Kuala Lumpur: "Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di perkuburan itu. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd