• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arak Timah: “Adakah Kena Tukar Nama Coklat Daim?” – Syed Saddiq

oleh Mohd Arshad
29/10/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu jenama produk yang mudah disalah tafsir perlu diperjelaskan agar tidak timbul salah faham sepertimana yang berlaku terhadap penggunaan jenama ‘Timah’ pada produk arak keluaran tempatan.

Pun begitu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) menimbulkan persoalan apakah beberapa jenama produk lain yang berada di pasaran negara juga perlu ditukar sekiranya berlaku lagi salah faham.

“Saya faham pendirian kerajaan dalam hal ini dan rundingan sedang dijalankan dan isu ini mungkin disalah tafsir. Persoalan saya, jika nama senang untuk disalah tafsir, saya lihat di sosial media ramai juga yang troll, adakah kita akan tukar nama coklat Daim kerana nama berkait rapat dengan Tun Daim (Zainuddin).

“… ataupun minuman Dutch Lady yang boleh dikaitkan dengan nama wanita seperti orang kata Timah, dan banyak contoh lain. Rakan saya di negara luar kongsikan kerana berita ini sudah viral sampai ke luar negara. Ada juga minuman yang berkait rapat dengan nama seseorang presiden parti Islam, adakah itu juga akan ditukar?

“Jadi, saya berharap apa pun pendrian kerajaan, perkara seperti ini harus diperjelas supaya kes-kes lain tidak timbul kerana salah faham,” katanya ketika mencelah pada sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menjawab perkara itu, Rosol berkata, pandangan yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu wajar diperhalusi secara menyeluruh.

Beliau dalam masa yang sama bersetuju dengan pendapat Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) bahawa penggunaan jenama ‘Timah’ pada minuman arak sengaja digembar-gemburkan untuk kepentingan politik.

Sementara itu, Rosol turut memaklumkan bahawa kementerian telah mengadakan pertemuan dengan pengeluar arak jenama ‘Timah’, Winepark Corporation (M) Sdn Bhd bagi membincangkan perkara tersebut. – Sinar Harian

Tags: Arak TimahSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd