• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera, Rakan Dituduh Bunuh Pesara Tentera

oleh
27/10/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Dua lelaki termasuk seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh pesara tentera yang ditemui mati dengan sembilan kesan tikaman pada 13 Oktober lalu.

Pegawai Waran Mohd Hafidz Ibrahim, 34, dan rakannya yang bekerja sendiri, Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Kes itu juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan secara bersama, kedua-dua tertuduh secara bersama membunuh Mohd Zaki Md Aluwee, 42.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan hutan berjarak kira-kira 60 meter daripada Jalan Kubu Gajah-Lenggong di Mukim Hulu Ijok, daerah Selama antara jam 5.30 petang hingga 10.50 malam, pada 10 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Roslan Mohd Suki.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, seorang pesara tentera dilarikan secara paksa oleh dua lelaki dikenalinya dari rumah di Taman Ngah Ibrahim, di sini, 10 Oktober lalu.

Mayat Mohd Zaki ditemui pada 13 Oktober lalu dengan lima kesan tikaman di belakang badan dan empat lagi di depan badan. – myMetro Online

Tags: Anggota Tenterakesan tikamanMembunuhpesara tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

02/04/2026
0

Tujuh Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Satu insiden mengejutkan membabitkan anggota tentera di Kem Bentong, Pahang mencetuskan perhatian apabila...

Cubaan Membu*nuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

Cubaan Membu*nuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

12/02/2026
0

Cubaan Membunuh Berjaya Direkod, Lima Lelaki Ditahan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd