Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Dua Pesara Guru Rugi...

TAIPING - Dua pesara guru masing-masing mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM186,000 gara-gara terpedaya...

TMJ Bersama Beckham, Ozil...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan...

Pemuda UMNO Sabah Buat...

KOTA KINABALU - Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis berhubung...

Penculik Pulau Pom Pom...

MANILA - Seorang pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf terbunuh dalam satu operasi bersama...

Ahmad Maslan Tolak Pencalonan Sebagai Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menarik diri daripada menjadi calon bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu, keputusan tersebut dibuat bagi memberi fokus kepada gerak kerja parti yang kini berdepan dengan krisis politik seperti yang berlaku di negeri Melaka.

“Saya telah berbincang dengan Presiden UMNO, tiga Naib Presiden termasuk Perdana Menteri dan saya telah buat keputusan untuk tarik diri daripada pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Saya ingin tumpukan perhatian gerak kerja sebagai Setiausaha Agung UMNO yang perlukan banyak masa, lebih-lebih lagi suasana mencabar yang kita tahu politik saat dan ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Jelas Ahmad Maslan, keputusan itu telah dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pagi tadi.

Jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menamakan calon baharu dalam tempoh dua hari lagi. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori