• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 ADUN Umum Hilang Kepercayaan Kepada KM Melaka

oleh
04/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Empat ADUN kerajaan, sebentar tadi mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Mereka menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri.

Spekulasi mengenai perkara itu bertiup kencang sejak awal bulan ini selepas dikatakan terdapat empat ADUN bakal beralih arah dengan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan Parti Keadilan Nasional (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam tempoh terdekat.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa berikutan terdapat empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke PH.

Difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong PH dan mengatakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengadakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dalam tempoh terdekat.

Kerajaan Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali dibentuk pada Mac tahun lalu selepas PH tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan PN.

Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 ADUN dengan 14 daripadanya diwakili UMNO, diikuti dua Parti Bersatu dan satu Bebas manakala pembangkang pula 11 kerusi. – myMetro Online

Tags: ADUN MelakaKerajaan MelakaKetua Menteri Melakapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

31/03/2023
0

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka...

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

21/09/2022
0

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Perkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd