• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Aplikasi Utama Media Sosial Pulih

oleh
05/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gangguan perkhidmatan ketiga-tiga gergasi media sosial iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp sudah kembali pulih selepas enam jam.

Pengendali ketiga-tiga aplikasi berkenaan mengambil masa sekitar enam jam untuk memulihkan gangguan dan berdasarkan beberapa laporan, ia adalah antara tempoh gangguan paling lama pernah direkodkan.

Menerusi ciapan daripada akaun rasmi WhatsApp di Twitter menyatakan bahawa perkhidmatan itu sudah pulih secara berperingkat selepas menghadapi gangguan lewat malam semalam.

Ciapan itu juga menyatakan bahawa pihak pengendali sedang melaksanakan fasa pemulihan secara berperingkat dengan berhati-hati.

“Terima kasih atas kesabaran pengguna dan kini, fungsi WhatsApp sedang dalam proses pemulihan.

“Kami akan memberikan laporan terbaru berhubung langkah pemulihan ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sekitar jam 6 pagi tadi, perkhidmatan ketiga-tiga aplikasi berkenaan dilihat sudah pulih seperti sediakala selepas menghadapi gangguan.

Bagaimanapun, pengendali aplikasi berkenaan tidak menyatakan punca gangguan itu berlaku. – myMetro Online

Tags: facebookinstagrammedia sosialwhatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd