Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Papan Iklan Anwar: Selangor...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor belum menerima sebarang surat rasmi daripada Ketua...

BNM Tamatkan Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya...

Polis Tumpaskan 58 Bookie...

Johor Bahru: Polis menahan 58 ejen atau bookie perjudian Piala Dunia Qatar 2022...

Isu Rohingya Perlu Diselesai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu Rohingya...

24 Juta Penduduk Malaysia Dapat Pelalian

KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk Malaysia yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 melonjak kepada lebih 24 juta individu atau 73.6 peratus daripada kira-kira 32 juta penduduk negara.

Kadar itu dicapai kira-kira 38 hari selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula secara rasmi pada 19 September lalu.

Portal COVIDNOW menunjukkan setakat semalam, 94.8 peratus atau 22.1 juta golongan dewasa lengkap pelalian, dan 97.5 peratus atau 22.8 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 82 peratus atau lebih 2.5 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan 58.8 peratus atau lebih 1.8 juta pula sudah lengkap imunisasi.

Setakat semalam, hanya sekitar 580,000 atau 2.5 peratus daripada 23.4 juta penduduk dewasa masih belum menerima pelalian, dan sejumlah 570,000 atau 18 peratus daripada 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun belum divaksin.

Ketika ini, hanya dua negeri masih mencatat jumlah penduduk dewasa lengkap divaksin di bawah 80 peratus, iaitu Kelantan (78 peratus) dan Sabah (72.5 peratus), manakala lapan negeri dan wilayah sudah merekodkan lebih 90 peratus.


Kelantan dan Sabah turut mencatat kadar vaksinasi terendah dari segi jumlah penduduk keseluruhan menerima dos lengkap, apabila kedua-dua negeri itu merekodkan kadar di bawah 60 peratus.

Berdasarkan kadar vaksinasi semasa iaitu 181,160 dos semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka 80 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia akan lengkap pelalian pada 12 Disember depan, iaitu 46 hari lagi.

Dengan peningkatan kadar vaksinasi lengkap itu, jumlah kes harian dan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di Malaysia dijangka terus menurun, dengan syarat orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal serta kerap mencuci tangan.

Ketika ini, Model SEIR membabitkan pemerhatian kes harian COVID-19 oleh KKM mengunjurkan kes harian di Malaysia berpotensi turun sehingga di bawah 1,000 pada Disember depan, jika kadar pelalian mencecah 80 peratus hujung bulan ini, serta SOP dipatuhi. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori