• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.2 Juta Penduduk Dewasa Negara Ini Belum Divaksinasi

oleh
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika negara mencapai sasaran 90 peratus indvidu dewasa lengkap menerima vaksinasi Covid-19 semalam, masih terdapat 5.2 peratus individu di Malaysia yang tidak divaksinasi.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sehingga 11.59 malam tadi, peratusan berkenaan membabitkan kira-kira 1.2 juta penduduk dewasa di seluruh negara.

Mengikut data yang dikongsikan, Sabah adalah negeri yang terendah dari segi jumlah populasi dewasanya yang lengkap divaksinasi iaitu 65.1 peratus, diikuti Kelantan (73.6 peratus) dan Kedah (79.5 peratus).

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya optimis semua negeri akan mencapai kadar vaksinasi lengkap 80 peratus pada bulan ini, kecuali Sabah.

Susulan itu katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggiatkan program ‘outreach’ di negeri itu termasuk kempen gerak vaksinasi kepada masyarakat.

Sementara itu, seramai 21,073,482 individu dewasa di negara ini lengkap divaksinasi sehingga semalam, sekali gus mencapai sasaran 90 peratus yang ditetapkan.

Peratusan itu dicapai selepas 70,408 individu melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka semalam, yang membolehkan perjalanan rentas negeri dan keluar negara dibenarkan bermula hari ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, seramai 22,185,520 individu dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi untuk golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 7.4 peratus sudah lengkap divaksinasi membabitkan 231,714 individu sehingga semalam, manakala 72.2 peratus atau kira-kira 1.27 juta sudah menerima satu dos vaksin.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi pada 20 September lalu, yang menyasarkan 3.2 juta remaja di negara ini untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. – myMetro Online

Tags: populasi dewasaProgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)vaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd