• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Bersalin Sendirian Di HSI Tak Patut Berulang – TMJ

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menitahkan kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tidak patut berlaku lagi.

Tunku Ismail dalam ciapan di akaun Twitter baginda bertitah, pihak yang terbabit akan diberikan peringatan dan amaran supaya menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pesakit.

“Saya telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan melihat kenyataan jabatan itu.

“Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi,” titah baginda dalam ciapan yang dibuat, malam tadi.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan selepas netizen berkongsi laporan berita insiden wanita berkenaan bersalin sendirian kepada baginda.

Semalam, JKNJ dilaporkan akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian seorang ibu yang bersalin seorang diri di dewan bersalin HSI, di sini, bulan lalu.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, dilaporkan yang mengakui kejadian berkenaan berlaku berkata, secara keseluruhannya aduan itu adalah berasas dan JKNK akan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.

Kelmarin, tular di media sosial, dakwaan seorang wanita membuat hantaran di Facebooknya mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif COVID-19, setelah panggilannya untuk meminta bantuan kakitangan hospital tidak dilayan.

Wanita itu membuat naik status berkenaan di akaun Facebooknya pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak kelmarin.

Pendedahan ibu berkenaan serta laporan maklum balas JKNJ semalam, menerima kecaman meluas netizen yang kecewa berikutan insiden berkenaan membahayakan nyawa ibu serta bayi yang tidak dipantau malah mereka mengharapkan petugas kesihatan lebih peka dan ikhlas dalam menjalankan tugas. – BH Online

Tags: Covid-19Hospital Sultan IsmailTMJTunku Ismail Sultan Ibrahimwanita bersalin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd