• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajarkah Sesi Sekolah Dilanjutkan Hingga Februari 2022?

oleh
28/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melanjutkan sesi persekolahan 2021 hingga Februari tahun hadapan mencetuskan polemik dalam kalangan pihak berkepentingan, khususnya ibu bapa.

Ini kerana berdasarkan keputusan itu, semua pelajar akan kekal dalam darjah atau tingkatan masing-masing pada Januari dan Februari tahun depan dan hanya dibenarkan naik ke peringkat seterusnya bermula Mac 2022.

Difahamkan lanjutan sesi persekolahan itu bagi membolehkan guru menilai tahap penguasaan pelajar, khususnya yang berdepan kesukaran mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan akibat penularan Covid-19.

Langkah itu juga bertujuan memastikan pelajar bersedia sepenuhnya untuk naik kelas.

Bagaimanapun bagi ibu bapa, keputusan itu akan menyebabkan anak mereka menjadi ‘tua’ atau ketinggalan dari segi usia berbanding generasi terdahulu yang persekolahannya bergerak seiring dengan umur mereka, khususnya bagi murid tahun enam yang akan meneruskan persekolahan di peringkat menengah.

Mengulas isu berkenaan, pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Bity Salwana Alias berkata, tindakan KPM itu adalah rasional bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia untuk beralih ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata, keputusan itu juga berperanan sebagai ‘wake-up call’ atau peringatan kepada pelajar yang sebelum ini cukup selesa dengan ‘cuti sekolah yang panjang’ (belajar di rumah), sehingga ada yang langsung tidak risau dengan masa depan mereka kerana leka dengan “kebebasan” yang dikecapi menerusi PdPR.

“Namun ada juga pelajar yang sukar mengikuti PdPR disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kaedah tersebut. Ini disebabkan beberapa kekangan seperti peralatan dan suasana kurang kondusif untuk PdPR, sekali gus membuatkan pelajar berputus-asa.

“Jika kita lihat, berapa ramai pula pelajar yang betul-betul tekun hadiri kelas PdPR? Ada yang kononnya hadir tetapi sebenarnya berselindung di sebalik nama atau gambar profil masing-masing sehingga akhirnya mungkin hanya tinggal beberapa pelajar sahaja (yang mengikuti pembelajaran) sampai habis kelas,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan guru yang perlu mengulangi silibus subjek tertentu hingga Februari depan, beliau berkata perkara tersebut bukan satu kemestian apabila sesi persekolahan dilanjutkan.

Sebaliknya kata beliau, guru boleh menggunakan tempoh itu untuk membuat penilaian dan pengujian terhadap keberkesanan PdPR yang dijalankan oleh mereka sebelum ini.

“Masa lanjutan ini boleh digunakan guru untuk membuat aktiviti pengukuhan dan pengayaan terhadap pelajar masing-masing.

“Selain itu, guru juga boleh menguji pelbagai kaedah pengajaran baharu yang mampu membantu meningkatkan kecemerlangan pengetahuan, kemahiran, sahsiah serta kokurikulum pelajar,” katanya.

Beliau juga yakin guru akan dapat menerapkan pendekatan pengajaran baharu yang lebih berinovasi hasil daripada pengalaman mereka semasa pelaksanaan PdPR yang menyaksikan pelbagai pendekatan pengajaran berasaskan teknologi digunakan.

“Walaupun ada lanjutan sesi persekolahan, hakikatnya saya pasti pelajar lebih memilih untuk segera kembali ke sekolah dan belajar bersemuka bersama guru seperti biasa.

“Ini kerana, murid mungkin mengalami kesukaran untuk memahami pengajaran dan pembelajaran dari rumah yang sekadar bergantung pada penjelasan guru menerusi peranti semata-mata, menyebabkan ada pelajar yang pencapaiannya menjadi lebih rendah, kita tidak mahu kumpulan pelajar ini terus ketinggalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian PendidikanPdPRsesi persekolahan 2021
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd