Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Longkang ‘Makan’ Kereta Hantui...

SEBUAH video memaparkan kejadian di mana beberapa buah kereta terhumban ke dalam longkang...

Warisan Mahu Parlimen Bahas...

PARLIMEN l Ahli Parlimen Warisan menuntut supaya Dewan Rakyat membenarkan usul n mengenai...

Frust Cinta Ditolak Atuk...

BEBERAPA hari lalu warga kota Xiangyang, China dikejutkan dengan kejadian seorang perempuan muda cuba...

Dirempuh Lembu Jantan, Lelaki...

SEORANG lelaki dari Amerika, Benjamin Miller cedera parah sehingga dimasukkan ke unit rawatan...

Wajar Luluskan Guna Hemp, Marijuana Untuk Perubatan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji serta memberi kelulusan kepada industri hemp dan marijuana perubatan.

Beliau berkata, sudah tiba masa bagi Malaysia melaksanakan usaha itu memandangkan industri terbabit boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada masalah kesihatan mental dan sebagainya.

“Ini bukan perkara baharu dan saya masih ingat ketika di Kabinet sebelum ini ada kajian dilakukan secara terperinci. Jadi saya berharap kerajaan dapat membentangkan satu kertas kerja yang telus, ikhlas dipacu data dan sains berkenaan baik dan buruknya kelulusan industri ini.

“Saya katakan ini kerana di lebih 40 negara, kelulusan hemp atau marijuana perubatan sudah diberikan seperti di Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Argentina, Denmark dan terbaharu Thailand,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori