• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Squid Game Ada Juga Nilai Positif

oleh Mohd Arshad
30/09/2021
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA, waktu ini, sesiapa sahaja yang memiliki akaun Netflix sama ada sudah atau sedang menonton cerita sensasi terbitan Korea, Squid Game.

Bagi yang tidak ada akaun Netflix pun rasanya sudah tahu kewujudan siri berkenaan memandangkan jumlah publisiti dan ulasan yang dibuat para peminatnya di internet dan media sosial luar biasa banyaknya.

Bukan sekadar di Asia, malah di barat juga, Squid Game mendapat perhatian meluas sehinggakan CNN pun turut mengulas mengenainya.

Ia menjadi satu-satunya drama Korea mendapat tempat pertama di rangkaian Netflix Amerika Syarikat.

Saham dua syarikat yang terlibat secara langsung dalam penghasilan drama itu turut meningkat naik secara mendadak dan menjadi rebutan pelabur di Korea.

mynewshub

Penulis secara peribadi tidak pernah meminati mana-mana drama atau filem yang memaparkan terlalu banyak pembunuhan.

Namun, selepas habis menonton satu musim penuh Squid Game, penulis dan rasanya ramai lagi di luar sana yang sependapat, pembunuhan melampau itu dapat diterima kerana Squid Game memang menarik jalan ceritanya.

Kecuali satu babak di dalam tandas, Squid Game tidak ada unsur lucah yang melampau, hanya keganasan.

Hanya elemen pembunuhan melampau yang mungkin kurang disenangi para pengkritik. Namun, kalau aspek pembunuhan ditiadakan, mungkin Squid Game akan kehilangan 80 peratus daya penariknya.

Mynewshub

Dalam erti kata lain, untuk Squid Game berjaya, elemen itu sangat penting.

Walaupun sarat dengan kematian dan pertumpahan darah, Squid Game ada juga unsur-unsur positif.

Antaranya mungkin dari segi mesej mengenai kepentingan pengurusan kewangan.

Squid Game memperlihatkan bagaimana kegagalan mengurus duit menyebabkan hidup menjadi sengsara dan hubungan kekeluargaan juga berubah keruh.

Squid Game juga memeperlihatkan sikap tamak manusia senang dimanipulasi terutama apabila hidup menjadi terlalu mendesak. Satu peringkat di mana duit boleh menjadi lebih penting berbanding keselamatan dan nyawa.

Ia juga mengajar nilai setiakawan. Sejauh mana setiakawan memainkan peranan terutama di waktu getir.

Kesengsaraan dan desakan hidup boleh menyebabkan kawan menikam kawan. Sebenarnya, ada waktu kita boleh berbuat baik dan ada waktunya kita perlu berhati-hati dengan rakan sendiri. Apa yang berlaku kepada watak Ali mungkin sesuai dengan kenyataan ini.

Kita tidak akan tahu bila orang yang dianggap kawan tiba-tiba berpaling menjatuhkan kita.

Squid Game juga mengajar untuk bertahan, kita perlu bersatu dan jangan berbalah sesama sendiri.

Ia juga mengajar jangan menilai buku hanya dari kulitnya. Bagi yang sudah menonton, peserta 001 adalah contoh jelas kepada peribahasa terkenal dari barat itu.

Tanggungjawab anak kepada ibu bapanya turut diselitkan.

Kebahagiaan zaman kanak-kanak yang memang tidak akan diperolehi kembali juga turut menjadi tema penting Squid Game.

Apa yang menarik dan agak ironik, kalau diamati, di penghujung cerita, Squid Game seolah-olah memberitahu pula bahawa duit bukan segalanya dan tidak semestinya kebahagiaan boleh dicapai dengan wang yang banyak semata-mata.

Nilai-nilai kemanusian dan perang dalam jiwa yang dipaparkan dengan padat dalam Squid Game.

Jalan ceritanya menyentuh konflik jiwa hampir semua manusia moden. Mungkin sebab itulah ramai antara kita yang mengemarinya kerana tanpa sedar, mesej dalam drama itu ada berkait rapat dengan perjuangan diri kita juga! – Mynewshub.TV

LAYARI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI.

Baca: Perempuan Tak Pakai Pelitup Muka Itu Menipu – KJ

Tags: Artis KoreaKoreaSquid Game
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

HSR Mampu Beri Kesan Berganda Kepada Ekonomi

Next Post

Muhyiddin Beri Penjelasan Projek Baik Pulih Seri Perdana

Related Posts

Kenderaan Dicuri Akibat Kecuaian Tidak Boleh Tuntut Insurans

Pelakon Squid Game Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Laku Serangan Seksual

15/03/2024
0

Seoul: Pelakon 'Squid Game' O Yeong-su didapati bersalah atas salah laku seksual oleh Mahkamah di Korea Selatan, kerana menyerang seorang...

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

02/11/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan susulan sambutan Halloween di Seoul, Korea Selatan,...

Next Post

Muhyiddin Beri Penjelasan Projek Baik Pulih Seri Perdana

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd