• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Akan Dijadikan PPV Remaja

oleh
20/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam membantu pendaftaran murid sekolah bagi tujuan vaksinasi.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM juga akan mengenal pasti sekolah-sekolah untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada murid sekolah.

“KPM turut membantu dalam menyediakan petugas dan keperluan logistik untuk tujuan ini.

“Kerjasama strategik KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini pastinya dapat mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada murid sekolah. KPM komited melakukan yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Pada Isnin, Mohd Radzi bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menghadiri kick-off Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja di SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 323 murid berusia 16 dan 17 tahun dari SMK Putrajaya Presint 8 (1) menjadi kumpulan pertama menerima vaksin menerusi program PICK Remaja terbabit.

“Secara keseluruhan, terdapat seramai 377,591 murid berumur 16 tahun dan 371,676 murid berusia 17 tahun di seluruh negara.

“Alhamdulillah, proses vaksinasi pagi ini berlangsung dengan teratur dan tersusun. Sejurus tiba, murid yang ditemani ibu bapa atau penjaga perlu mendaftar, diambil suhu badan, diikuti sesi kaunseling dan persetujuan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Kementerian PendidikanKKMmurid sekolahvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd