• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampai Bila Perlu Bergantung Bantuan Tunai, KWSP

oleh
07/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengulangi saranan kepada kerajaan agar mewujudkan inisiatif skim jaminan pekerjaan atau Job Bank (bank pekerjaan) sebagai usaha kelangsungan ekonomi negara buat jangka masa panjang.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan tersebut, kerajaan tidak akan bergantung kepada peluang pekerjaan di sektor swasta semata-mata.

“Sambil merancang pembukaan dan kelonggaran itu, kerajaan mesti memerangi pengangguran dengan dasar tuntas.

“Saya mengesyorkan sekali lagi skim jaminan pekerjaan atau Job Bank di mana kerajaan tidak mengharapkan swasta sahaja untuk mencipta kekosongan pekerjaan, tetapi dalam jangka pendek dan sederhana kerajaan beraksi lebih terus yakni menyediakan dan membiayai peluang pekerjaan yang sepatutnya.

“Selain itu, sebarang usaha menjana aktiviti perniagaan harus dilaksanakan segera seperti mempermudah birokrasi yang mengekang peniaga dan penjaja melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Shahril berkata, strategi pengukuhan ekonomi makro dan ekonomi rakyat mesti lebih menyeluruh ketika negara bakal berdepan ke fasa endemik kerana menyedari bantuan wang tunai hanya bersifat sementara.

“Sampai bila hendak bergantung hanya kepada tunai dan keluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang jumlah simpanannya pun semakin mengecil. Seramai 4.5 juta pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM5,000. Selesai selesai i-Citra, tidak mustahil lebih sejuta pencarum tinggal hampir RM0.

“Lebih 750,000 orang menganggur dan kebanyakannya orang muda. Mereka tidak menolak wang tunai atau kampit beras, tetapi mereka lebih mahukan peluang kerja dan peluang berniaga.

“Orang muda di Malaysia amat komited serta bersemangat. Pada mereka, tiada ganti kepada konsep menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya. – Sinar Harian

Tags: bank pekerjaanKWSPpengangguranskim jaminan pekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd