• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMKe-12 Tumpu Kebajikan, Perlindungan Sosial – Mustapa

oleh
23/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) susulan kesan pandemik COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, pandemik yang berpanjangan sejak awal tahun lalu telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pasca pandemik bagi lima tahun akan datang.

“RMKe-12 juga akan memberi tumpuan terhadap janji kita berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang mana komitmen kerajaan terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak, meliputi pembinaan jalan raya, hospital, sekolah dan digital.

“Kalau tanya saya apa keutamaan RMKe-12, yang pertama – untuk kemiskinan ini penting, termasuklah keseimbangan jurang pendapatan dan juga hal-hal berkaitan Sabah dan Sarawak, selain luar bandar dan miskin bandar. Kemiskinan menjadi satu tumpuan, jadi kalau miskin kita bukan cakap mengenai projek mega yang biasa dikaitkan dengan projek infrastruktur.

“Jadi tahun hadapan kita tidak boleh belanja banyak sangat untuk projek yang dianggap besar. Tetapi projek keperluan asas di luar bandar akan terus diberi perhatian,” katanya dalam rancangan Bicara Naratif bertajuk RMKe-12: Membina Kembali Ekonomi Negara yang disiarkan di TV1 malam tadi.

Mustapa berkata kerajaan tidak boleh mengharapkan projek mega baharu bagi 2022, sebaliknya hanya akan menumpukan kepada projek yang sedang berjalan seperti projek Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia-Singapura dan sebagainya.

Namun, beliau berkata, apabila ekonomi pulih mengikut jangkaan pada 2023, sudah pasti kerajaan perlu memikirkan kepada projek-projek yang boleh membantu meningkatkan infrastruktur seperti jalan raya, pelabuhan dan lapangan terbang.

Mustapa mengakui impak pandemik kepada ekonomi negara cukup besar apabila sebanyak 20 peratus atau kira-kira 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 kini beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40.

Justeru, katanya dalam RMKe-12, kerajaan perlu memastikan isu yang dihadapi rakyat secara keseluruhan perlu ditangani termasuk dari segi kesihatan dan kesempitan ekonomi.

“Ramai yang tinggal di luar bandar tidak ada perlindungan sosial, yang bekerja sendiri, malah ada yang berkerja dalam sektor ekonomi gig tidak ada perlindungan sosial.

“Pandemik telah mendorong kita untuk melihat beberapa dasar yang dahulu kita rasa tiada masalah, tetapi sekarang menjadi masalah. Ini perkara yang perlu kita tangani,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamedpandemik COVID-19Rancangan Malaysia ke-12
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Modus Operandi Penyamar LHDN

Next Post

“Man Jadda Wajada”

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Malaysia Sedia Kembali Ke Landasan Hab Pelaburan

14/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan bagi pelabur serantau dan antarabangsa, disokong kaedah...

Next Post

"Man Jadda Wajada"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd