• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Big Blue Taxi Didakwa Rasuah

oleh
07/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengasas Big Blue Taxi Services mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah, Mac lalu.

Tertuduh, Datuk Shamsubahrin Ismail, 55, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kertas pertuduhan pindaan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meminta suapan masing-masing bernilai RM15,000 dan RM35,000 daripada lelaki berusia 42 tahun sebagai dorongan bagi menyelesaikan kes individu itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Bagi pertuduhan pindaan ketiga, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM35,000 daripada lelaki berkenaan bagi tujuan yang sama.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Bandar Baru Bangi; Bandar Teknologi Kajang, Semenyih dan Bukit Jelutong, Shah Alam pada 3, 7 dan 10 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi sekiranya disabitkan kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fadhli Ab Wahab menawarkan jaminan RM50,000 bersama seorang penjamin serta tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan.

Pihak pendakwaan juga memohon kes rasuah yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dipindahkan dan disebut bersama kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Tertuduh diwakili Peguam Datuk Shaharudin Ali, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi dan Zarina Ismail memohon jaminan dikurangkan berikutan tertuduh tidak mempunyai keupayaan atau risiko untuk melarikan diri berikutan masalah kesihatan serta turut mempunyai kes lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Anak guam saya juga mempunyai rawatan lanjut di hospital dengan komplikasi paru-parunya antara 20 hingga 25 peratus selepas dijangkiti Covid-19 sebelum ini,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bersama seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Terdahulu, Hakim turut membatalkan waran tangkap ke atas tertuduh selepas berpuas hati mendengar penjelasan tertuduh yang gagal hadir ke mahkamah bagi pertuduhan pada 25 Ogos lalu.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Oktober depan. – myMetro Online

Tags: Big Blue Taxi Servicespertuduhan rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

23/09/2022
0

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya. Ikuti Mynewshub: Telegram Hakim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd