• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penderitaan Pemandu Bas Dapat Perhatian Istana Johor

oleh
10/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan mereka mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan bantuan makanan kepada seramai 99 pemandu bas yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas (PMPPB) Negeri Johor.

Presiden PMPPB, R. Thiagarajan berkata, industri pengangkutan bas sememangnya menerima kesan besar akibat pandemik Covid-19.

“Sebilangan besar pengusaha serta pemandu bas hilang punca pendapatan dan terpaksa mencari pekerjaan lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

“Ramai pemandu bas yang berpengalaman telah berputus asa dan berpindah ke bidang lain, jadi bantuan ini amat membantu untuk ahli-ahli kami yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Tambah Thiagarajan, dalam usaha memastikan ahli persatuan itu masih dapat mencari rezeki dalam tempoh mencabar ini, pihaknya telah memperkenal Inisiatif Program Bas Mobil Vaksinasi.

“Inisiatif ini dilaksana dalam usaha membantu ahli menjana pendapatan sambil membantu kerajaan melaksanakan program vaksinasi dengan lebih mudah dan cepat, terutamanya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pihak yang memerlukan.

“Saya mewakili ahli persatuan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas jasa baik Baginda,” ujarnya lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tags: bantuan makananpemandu basSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd