• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Rempuh 5 Kenderaan Direman

oleh
07/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan enam kenderaan di lampu isyarat di Jalan Ipoh Sentul pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, perintah tahan reman itu diperoleh bermula hari ini.

“Lelaki berusia 25 tahun itu direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Isnin, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya dirempuh lori berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, terdapat empat lagi kenderaan terlibat kenderaan jenis Myvi serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL.

Sarifudin memaklumkan siasatan awal mendapati lori dipandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul itu hilang kawalan di lampu isyarat dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.

Pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang.

Hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol dan seterusnya dibawa ke Ibu pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin. – Sinar Harian

Tags: kemalanganpemandu loripositif dadahrempuh kenderaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasas Big Blue Taxi Didakwa Rasuah

Next Post

Mahkamah Tolak Usaha Anwar Cabar Akta MKN

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

25/05/2025
0

BATU PAHAT: "Ketika itu saya sedang berbual dengan Mak Su di telefon… tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum disusuli suara mengerang...

Next Post

Mahkamah Tolak Usaha Anwar Cabar Akta MKN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd