• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Projek Infra Rakyat Dibangun Sepenuhnya

oleh
08/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan projek infra rakyat seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dan Transit Aliran Massa 3 (MRT 3) dapat dibangunkan sepenuhnya untuk membawa lebih banyak manfaat ekonomi kepada negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi catatan di Facebook rasminya berkata, kerajaan sentiasa mendengar suara semua pihak dan berusaha mencapai keseimbangan antara kesihatan, masyarakat dan ekonomi, melalui pengumuman Belanjawan 2022 yang komprehensif dan inklusif.

Beliau berkata, ia selari dengan semangat Keluarga Malaysia demi membawa manfaat kepada negara dan rakyat.

“Saya berpendapat bahawa masyarakat juga harus bersedia untuk hidup bersama Covid-19 pada masa depan kerana pandemik ini telah mengubah kehidupan harian kita, pelbagai ekosistem industri dan trend pembangunan.

“Oleh itu, kita akan meneruskan pemantauan terhadap pembangunan pasaran, melaksanakan dasar-dasar mesra pelabur asing serta membantu dalam pemulihan dan merangsang industri tempatan,” katanya.

Sementara itu, Wee yang juga Presiden MCA berkata, beliau telah mengadakan perbincangan secara maya bersama kepimpinan baharu Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) bagi membincangkan mengenai pelbagai perkara termasuk Belanjawan 2022, semalam.

Menurut beliau, ACCCIM mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak hanya fokus kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), sebaliknya perlu juga menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani pandemik Covid-19.

“Kerajaan juga digesa supaya lebih telus dan menyediakan statistik yang berkenaan, menambah baik sistem kesihatan negara serta memperkukuh kemampuan negara untuk menghadapi pandemik,” katanya.

ACCCIM antara lain mencadangkan kerajaan agar memperkenalkan pelbagai subsidi atau bantuan serta pengurangan dan pengecualian cukai bagi meringankan beban rakyat dan perusahaan.

Turut serta dalam perbincangan itu adalah kepimpinan tertinggi ACCCIM termasuk presidennya merangkap Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Low Kian Chuan dan Presiden Kehormat Seumur Hidup ACCCIM, Tan Sri William Cheng Heng Jem. – BERNAMA

Tags: ekonomi negaraprojek Laluan Rel Pantai TimurRTS Johor Bahru-SingapuraTransit Aliran Massa 3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ikuti...

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

20/11/2022
0

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru berakhir ini telah membawa ketidaktentuan kepada negara dengan parlimen yang tergantung apabila tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd