• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menara KL Dibuka Semula 1 Oktober

oleh
29/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur mensasarkan 30,000 pengunjung sempena pembukaan semula mercu tanda ikonik ibu kota 1 Oktober ini.

Pembukaan semula menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh di dunia itu juga bersempena sambutan 25 tahun pembinaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar berkata, pembukaan semula sektor pelancongan akan merancakkan semula Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan warga Lembah Klang.

Menurutnya, pelbagai aktiviti akan diadakan bermula Jumaat ini termasuk virtual dan kehadiran fizikal.

“Sambutan ulang tahun ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami kepada pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur sejak 1996.

“Pelbagai aktiviti yang diadakan juga tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam sidang media secara maya, hari ini.

Katanya, Menara Kuala Lumpur beroperasi setiap hari bermula 11 pagi hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat manakala Sabtu dan Ahad bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Beliau berkata, berdasarkan kapasiti ditetapkan seramai 700 hingga 1,000 pengunjung boleh mengunjungi Menara Kuala Lumpur setiap hari.

“Di dek pemandangan seramai 80 pengunjung setiap jam manakala Skydeck pula terhad untuk 120 pengunjung setiap jam.

“Ini bagi mematuhi SOP dan penjarakan fizikal yang ditetapkan oleh MKN dan KKM bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” katanya. – myMetro Online

 

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

Tags: Menara Kuala Lumpurmenara telekomunikasi tertinggi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sedia 30 Bank Bergerak Untuk 250 Mukim

Next Post

Perkhidmatan Acryl Sani Sebagai KPN Dilanjutkan 2 Tahun

Related Posts

Menara KL, Menara Berkembar Petronas ‘Ditelan’ Jerebu

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Beberapa mercu tanda di ibu negara 'hilang' daripada pemandangan mata pada tengah hari ini ekoran kualiti udara...

Tiga Artis Evergreen Bergabung Gegarkan Menara KL

25/02/2016
0

KUALA LUMPUR - Sambutan Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur bakal menyaksikan gandingan hebat dan eksklusif antara Datuk M. Nasir,...

Next Post

Perkhidmatan Acryl Sani Sebagai KPN Dilanjutkan 2 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd