• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Jaja Kisah Keluarga Maut Covid-19 Dipenjara, Denda, Sebat

oleh
08/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM16,000 dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memperdaya rakan sekerja bagi mendapatkan sumbangan pada 3 September lalu.

Pengakuan dibuat tertuduh, Mohd Zahazan Zainon, 45, di hadapan Majisteret Nurmadiana Mamat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati menipu rakan sekerja dengan cara memperdaya mengatakan bahawa ahli keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19 sedangkan ia tidak benar dan mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM7,857 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memperdaya seorang lagi rakan sekerja dengan mengatakan hal sama sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM500 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Kedua-dua kesalahan dilakukan tertuduh pada 3 September lalu antara jam 5.20 petang hingga 9.25 malam di Pejabat Bahagian Keselamatan Kompleks Bersepadu Pengerang di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, peguam, Nurul Hidayah Mohd Asri yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama dan tertuduh menanggung empat anak hasil perkahwinan terdahulu serta dua anak yang masih bersekolah di pusat tahfiz.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nursyamim Fateha Mohd Amin memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi.

Nurmadiana kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dari tarikh tangkapan, denda RM15,000 dan satu sebatan terhadap kesalahan pertuduhan pertama. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara lima bulan.

Bagi pertuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman setahun penjara dari tarikh tangkapan, denda RM1,000 dan satu sebatan. Jika gagal bayar denda tertuduh boleh dipenjara sebulan.

Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.

Sebelum itu, tertuduh yang berbaju lokap berwarna ungu sebelum itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.50 pagi diiringi anggota polis.

Terdahulu, dia ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu kononnya kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 dan meraih sumbangan sejumlah RM91,000. – myMetro Online

Tags: Hukuman Penjarakematian covid-19menipusumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd